Let me help you to search

Saturday, November 10, 2012

Kisah Schaya - Episod 3



                                                                      Episod 3        
                dia menyuruh Schaya untuk memikirkan semula mengenai keinginannya untuk belajar di universiti memandangkan keluarganya yang hidup sederhana itu . Setelah beberapa minggu berfikir , akhirnya Schaya terfikir untuk melupakan niatnya itu untuk menyambung pengajiannya di universiti . Pada awalnya dia berasa sangat sedih kerana tidak dapat bersama rakan karibnya Aryanna untuk memasuki universiti yang sama , tetapi selepas Aryanna meredakan hibanya , dia rela untuk melepaskan tawaran tersebut . Dia juga beranggapan mungkin bukan rezekinya untuk pergi pada tahun itu , mungkin dia berpeluang untuk mengecapi cita-citanya itu pada tahun yang berikutnya .
              Selang beberapa tahun , Schaya sudah mempunyai wang yang cukup hasil dari membantu ibunya dan bekerja di kilang untuk meneruskan pengajiannya di universiti walaupun pada waktu itu , dia sudah berusia 19 tahun . Dia tetap nekad untuk meneruskan cita-citanya itu . Pada tahun itu , Schaly baru menamatkan persekolahannya dan Schaly bekerja di sebuah syarikat hartanah iaitu Pandora Berhad sebagai kerani biasa . Dia sudah bekerja di situ lebih kurang selama 3 bulan sementara menunggu keputusan SPM . Sebenarnya , Pandora Berhad itu merupakan syarikat yang diuruskan oleh orang Kuala Lumpur iaitu Encik Zarif . Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mengambil Schaly untuk bekerja di situ . Menurut  Schaly , dia berkenalan dengan Encik Zarif ketika dia sedang melepak di pusat membeli-belah .
              Schafiq pula sudah berusia 14 tahun pada waktu itu dan dia sering bercerita kepada Schaya mengenai rakan perempuannya , mengenai sekolahnya , mengenai kehidupan remajanya kepada Schaya . Schafiq sangat rapat dengan Schaya berbanding dengan Schaly kerana Schaly sering pulang dari kerja pada lewat malam . Pak Cik Razif pula sudah  mula mengumpul duit untuk membeli tanah sawah yang sedang diusahakannya itu . Mak Cik Scharah pula masih lagi menjual nasi lemak tetapi perniagaanya sudah semakin maju dan sudah berkembang dari sebuah gerai kecil kepada sebuah warung berhampiran rumahnya .
              Sedang seluruh anggota keluarga Schaya menjalani rutin hidup mereka , tiba-tiba pada suatu pagi ketika Mak Cik Scharah sedang mengambil sampah untuk dibakar di luar rumah , dia terjumpa sebuah alat yang tertulis “PREGNANCY TEST” . Pada mulanya , Mak Cik Scharah menyimpan benda itu untuk diberikan kepada ahli keluarganya yang kehilangan barang kerana Mak Cik Scharah tidak mengetahui mengenai apa yang tertulis pada alat tersebut . Setelah ditunjukkan alat tersebut kepada Schaya , Schaya menerangkan kepada ibunya mengenai fungsi alat tersebut . Ibunya berasa sangat terkejut dan berasa tidak senang duduk kerana dia takut sekiranya hal itu diketahui oleh suaminya . Tapi dalam masa yang sama , Mak Cik Scharah tertanya-tanya mengenai alat tersebut . Siapakah pemilik alat tersebut ?
              Setelah beberapa hari berlalu , Mak Cik Scharah dan Schaya sudah semakin melupakan mengenai kejadian tersebut dan mereka menganggap mungkin alat itu sekadar sampah yang terkutip oleh Schafiq atau Schaly ataupun Pak Cik Razif . Pada suatu pagi , ketika Schaya sibuk seperti biasa membantu ibunya membungkus nasi lemak , kedengaran bunyi seperti orang mengerang kesakitan . Dengan pantas Schaya terus menuju ke bilik adiknya , Schaly kerana bunyi itu datang dari biliknya . Schaya segera membantu adiknya yang kesakitan diatas katil sambil memegang perutnya . Schaya membantunya dengan mengurut perutnya dengan “wicks” . Selang beberapa minit , sakit Schaly itu semakin hilang , lalu , dia dan Schaya pun pergi ke dapur untuk mengelakkan ibunya terus tertanya-tanya . Setibanya mereka di dapur , ...... ( bersambung )

Kisah Schaya - Episod 2



                                                                      Episod 2
             berbohong kepada ibunya . Dia mengatakan bahawa panggilan telefon itu dari rakan karibnya iaitu Aryanna .
               Sejurus  Schaly pulang dari sekolah , Schaya terus mengajaknya ke bilik untuk menanyakannya tentang isu yang diperkatakan oleh Cikgu Samson tengah hari tadi . Schaly mengatakan yang Cikgu Samson menyebarkan fitnah ke atasnya dan Schaya terus mempercayai kata-kata adiknya itu tanpa usul periksa . Selepas itu , Schaly , Schaya , Schafiq , Mak Cik Scharah dan Pak Cik Razif menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa .
              Selang beberapa minggu , sekali lagi Cikgu Samson menelefon rumahnya untuk menyampaikan berita yang sama seperti yang disampaikan kepada Schaya beberapa minggu lepas . Tetapi kali ini , panggilan telefon tersebut telah dijawab oleh bapa tirinya , Pak Cik Razif . Dia berasa sangat marah dengan kelakuan Schaly itu . Sewaktu Schaly pulang dari sekolah , dia terus dimarahi , dipukul oleh Pak Cik Razif kerana kelakuannya yang negatif itu . Mak Cik Scharah cuba mempertahankan Schaly  tetapi kenyataan Cikgu Samson itu sememangnya benar dan diakui oleh Schaly sendiri . Dia mengatakan dia cuma keluar dengan beberapa rakan-rakannya ke pusat mem beli-belah di pekan . Pak Cik Razif sangat marah dan memberinya amaran agar dia tidak mengulangi kesilapannya itu lagi . Setelah dipukul , Schaly terus ke bilik sambil menangis teresak-esak .
               Selepas itu , Schaya cuba memujuk dan menasihati adiknya itu tetapi sebaliknya dia dimarahi dan dicela oleh Schaly kerana Schaly beranggapan bahawa Schayalah punca dirinya dimarahi . Dia menganggap Schaya merupakan individu yang bertanggungjawab memberitahu isu tersebut kepada Pak Cik Razif dan Mak Cik Scharah . Tetapi Schaya tidak dapat menjelaskan hal yang sebenarnya kerana dia tidak dibenarkan bercakap dengan adiknya langsung kerana adiknya sudah memberi amaran agar Schaya tidak bercakap dengannya selama satu minggu . Jikalau tidak , Schaly tidak akan menganggap Schaya sebagai kakaknya lagi . Schaya yang sangat menyanyangi adiknya itu menuruti segala kemahuan adiknya .
              Sejak kejadian itu , seluruh anggota keluarga Schaya menjadi suram dan jarang bercakap antara satu sama lain seperti sebelumnya . Hubungan Schaya dengan Schaly juga semakin renggang. Schaly  seakan-akan berdendam terhadap kakaknya sendiri  . Schaya berasa sangat sedih dan menyalahkan dirinya di atas apa yang telah berlaku .Schaya berasa kesunyian dan dia tidak tahu untuk meluahkan perasaannya kepada siapa . Akhirnya dia berfikir untuk menceritakan masalahnya itu kepada rakan karibnya iaitu Aryanna . Aryanna berasa simpati di atas apa yang berlaku kepada Schaya dan keluarganya . Aryanna menyarankan Schaya supaya lebih sering menasihati adiknya itu .
              Selepas beberapa bulan , Schaya mendapat tawaran dari salah satu universiti terkenal di Kuala Lumpur sejurus selepas dia mendapat keputusan yang sangat memberangsangkan di dalam keputusan SPMnya . Dia berasa sangat gembira , seronok dan teruja untuk mendaftarkan dirinya di universiti tersebut . Dia menceritakan kepada ibunya mengenai tawaran tersebut tetapi sekelip mata air muka ibunya berubah . Schaya bertanya , tetapi ibunya berdiam dan menyuruhnya untuk memberitahu mengenai tawaran tersebut kepada Pak Cik Razif . Sejurus Pak Cik Razif pulang dari sawah , Schaya terus memberitahunya mengenai tawaran tersebut . Pak Cik Razif amat gembira dengan tawaran tersebut tetapi ...... ( bersambung )

Kisah Schaya - Episod 1



                                                                     Episod 1
              Pada jam 5.30 pagi , Schaya bangun dari tidurnya dan terus menuju ke bilik air untuk bersiap . Selepas dia bersiap , dia terus ke dapur untuk melihat keadaan ibunya iaitu Mak Cik Scharah di dapur dan membantu ibunya . Sedang asyik Schaya membantu Mak Cik Scharah membungkus nasi lemak untuk dijual di gerai mereka. Tiba-tiba , mereka terdengar satu bunyi muzik yang sangat kuat . Mak Cik Scharah lantas menyuruh Schaya untuk memeriksa adik-adiknya kerana Schaya merupakan anak sulung di dalam tiga adik-beradik . Rupa-rupanya bunyi itu datangnya dari radio adiknya , Schaly yang sedang asyik menyanyi sambil mendandan rambutnya . Setelah itu , Schaya menyuruh Schaly untuk memperlahankan radionya itu sebelum dimarahi oleh bapa tirinya , Pak Cik Razif . Schaly seperti tidak mengendahkan kata-kata kakaknya itu , lantas bapa tiri mereka pun muncul dan mengarahkan Schaly untuk mematikan radio itu sebelum radio itu dicampak ke luar rumah oleh bapa tirinya itu . Schaly terus mematikannya kerana dia sangat takut akan bapa tirinya itu . Selepas itu , Schaya terus ke bilik adik bongsunya iaitu Schafiq untuk mengejutkan adiknya untuk bersiap ke sekolah .
               Selepas beberapa minit  , semua ahli keluarga Schaya menuju ke dapur untuk sarapan bersama-sama kerana selepas itu , Pak Cik Razif akan pergi ke sawah untuk meneruskan pekerjaannya , Schaly dan Schafiq akan pergi ke sekolah mereka masing-masing manakala Schaya akan mengikut ibunya Mak Cik Scharah ke gerai nasi lemak mereka . Setelah selesai mereka bersarapan , mereka terus menjalankan rutin harian mereka .
              Setelah sampai di gerai nasi lemak ibunya , Schaya segera membantu ibunya menyusun item-item nasi lemak tersebut . Schaya mula membantu ibunya sejak dia menamatkan persekolahannnya di tingkatan 5 dan sedang menunggu keputusan SPMnya . Selain itu , Schaya juga membantu ibunya kerana sejak Schaya berumur 17 tahun , ibunya sering mengadu sakit dada tetapi ibunya tidak mahu ke hospital untuk menjalankan pemeriksaan dengan alasan tidak mahu menyusahkan bapa tirinya . Kebiasaanya , Schaya dan ibunya akan pulang setelah nasi lemak mereka habis di jual kira-kira jam 12.30 tengah hari . Setibanya di rumah , Schaya akan menyuruh ibunya berehat manakala dia akan melakukan kerja rumah dan juga memasak untuk adiknya yang akan pulang dari sekolah sebentar lagi .
             Tiba-tiba , terdengar bunyi deringan telefon di rumahnya . Schaya segera mengangkat panggilan itu bagi mengelakkan ibunya dari terjaga dari tidurnya yang sangat nyenyak . Rupa-rupanya panggilan telefon itu adalah dari Cikgu Samson yang merupakan guru kelas adiknya , Schaly dan juga merupakan bekas gurunya ketika dia di tingkatan 5 . Pada mulanya , Cikgu Samson mahu berbicara dengan ibunya , tetapi disebabkan dia tidak mahu menganggu Mak Cik Scharah yang sedang tidur seperti yang dikatakan oleh Schaya , dia terus berbicara dengan Schaya . Cikgu Samson memberitahu bahawa adiknya , Schaly sudah 2 minggu tidak menghadirkan diri ke sekolah . Tetapi Schaya menafikannya dengan memberitahu bahawa dia melihat adiknya pergi ke sekolah setiap hari . Cikgu Samson mengarahkan Schaya atau ahli keluarga yang lain menasihati  Schaly . Setelah selesai berbicara melaui telefon , Schaya pun meletakkan telefon tersebut dan sejurus selepas itu , ibunya bertanya kepada Schaya mengenai panggilan telefon tersebut . Schaya menyembunyikan hal sebenarnya dari ibunya untuk mengelakkan ibunya dari mendapat penyakit lamanya semula iaitu sakit jantung . Puas dia berfikir cara untuk memberitahu ibunya itu agar ibunya tidak berasa risau dan khuatir tentang adiknya . Akhirnya dia terfikir untuk ....... ( bersambung )

Friday, July 27, 2012

Ramadhan untuk Dia ... ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮

Salam semua. Apa khabar. Hope all is well. Holy blessed Ramadhan is coming, excitement is high, harapnya Allah blessed us all in this year's Ramadhan.

Sahur, berpuasa dan bertarawikh, doakan saya menjadi lebih baik.  Kan? Alhamdulillah. Tapi harus pandai bahagikan masa, time ni lah nak makin tambahkan pahala. Semoga semua diberkati.

Hurmmm nothing much to say, like nothing much to display, tribute to Aisyah Roslan.. hahaha btw, my favourite tv show is coming this Ramadhan ..
Oh ya, Najwa Latif song, AdaMu was super doopa awesome ...

PLKN not offer me anything, so i would like to announce that i will kerja at McD after SPM..bole? hahaha
Trial just around the corner, a lot of preparations that i nedd to settle out. Oh, now, im using SENTAP2 in my languange.. hope u guys do well  .. ahakzz

Btw, as you realized, before this i love to post and came out with new entries in this blog, unfortunately, rite now i have new excitement, TWITTER.. so, i focused more on it..

Oh ye, menanti waktu berbuka, saye nak memohon maaf bagi yg terasa with my loud voice and words..
Hope this Ramdhan is reating us very well.

Saya nak ambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa. Saya doakan semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya untuk kita semua. Maaf sekiranya salah dan sebagainya. Last but not least, SELAMAT HARI RAYA !!!!

Thank you semua.
Follow Me:@FirdKamaruzaman

Thursday, June 7, 2012

Being Fird Kamaruzaman

Hi salam. Apa khabar semua ?!i just realised its has been yonks since i last wrote.. hmmm super busy eh>

Anyways, tujuannya adalah , i would like to thank each and everyone of you here, yang selama ni menyokong saya. memberi pendapat, dan juga kata semangat dalam hidup saya selama ni. This may sound cliche, but saya sangat sangat menghargainya, dan hanya Allah je yg dapat balas.

when i look back, banyak benda yg saya belajar. ups and downs, but anda semua masih kat sini, menyokong continously. i am blessed to have the bestest friends. thank you semua. dan sekarang, InshaAllah, tinggal beberapa hari je lain to my big day =')  takut, nervous, happy, semua ada.
Saya harap anda doakan yg elok elok untuk saya. sebagai manusia, saya juga akan terus berusaha memperbaiki dan terus berdoa. saya harap semuanya akan lancar dan selamat.

just wanna share that Fird baru pulang dari 2 camp in row which is Kem Perkeso and Kem Tutti Fratelli . Both of it gave me a lot of lesson in life. Jungle trekking sgt memenatkan tpi i'll try to finish it and alhamdullilah, i did it.

Bercerita pasal sekolah, lagi beberapa hari akan bermula penggal persekolahan baru . Fird baru nak cuti, mklumlah busy dgn kem and suddenly dh kene pergi sekolah but im blessed. Fird be more metured rite now and im sorry if accidentally hurt anyone.

anyways, my life getting better from days to days . Banyak benda baru Fird belajar. Hope will learn more in future and i can;t wait to see my result for mid year exam.. nervous =)

hurmmm, ape lagi nak share ye? oke to all follower, thanks and those yg comment sory, Fird trpkse delete yg unecessary tu =)

terima kasih kepada anda yg tak henti henti memberi kata perangsang dan semangat, yang memberi ucapan di Facebook dan juga Twitter. maaf, memang diakui saya jarang di Twitter apatah lagi membalas semua tweets. i am really busy with semua persiapan for new penggal persekolahan dan sebagainya.

InshaAllah, Fird akan cube carik mase terluang utk trus update note fb and blog =) u guys can keep in touch with me through fb and twitter . hugs

saya juga akan mendoakan anda semua. thank u from the bottom of my heart. teruskan menyokong dan saya akan cuba memberi apa yg mampu . terima kasih tak terhingga. take care and be good

Sincerity Rocks

Friday, January 27, 2012

Aku REDHA! Alhamdullilah :D

Assalamualikum.

Alhamdulillah
Alhamdullilah
Alhamudllilah

Hi semua. dah lama rasanya saya tak menulis apa apa dalam ruangan ni. dan hari ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih. Alhamdullillah kepadaNya dan juga kepada anda semua yang menyokong saya selama ini.

Rasenye belum terlambat untuk wish GONG XI FA CHAI kepade yang menyambut. 1 Malaysia!


2011, a good year for me. saya banyak belajar, banyak kenal jenis jenis manusia haha =) dan juga masih menimba ilmu. Welcome 2012! SPM YEAR

Alhamdullilah, bersyukur sangat2 dengan result SMA yang keluar pagi tadi. macam2 rasa sampai tahap tak tahu nak rasa dah. hehehe :D .Keputusan yang agak mengejutkan dengan 93.0%. Alhamdulillah.

Thanks to semue ustaz, ustazah, cigu, teacher n everyone yang terlibat. Jasamu akan dikenang.
Gembira jugak untuk kawan2 n sekolah yang sangat2 HEBAT! AWESOME!

Oke, cukup setakat tu, story pasal sekolah in NEW YEAR! memang experience yang sangat2 tak bole dilupakan! rase macam tak percaye dah form 5, tapi yang PASTI i'm very grateful, Alhamdullilah.

Ade cikgu yang baek sangat2 and otherwise tapi semuanya sangat helping. cume risau math2 nie, cikgunye baek sgt4, takut tak bole fokus nanti n sorry teacher, tak hantar hw yang teacher bagi last week.

Dan paling kurang ENAK, tahun nie banyak betul duit keluar, baru kat sekolah. almost everyday kene bayar somethign, tapi hope awal2 jelar sebab next week dah mule kelas petang. LESS TIME TO SOCIAL NETWORKS!

Dat's all pasal sekolah, back to internet, after almost a year menanty, streamyx BERJAYA d'set upkan di rumah Fird, Alhamdullilah... n the best part wireless, wifi, senang nak on9 gune phone tapi macam ade prob sikit but i will work it out!

And for the time being, really busy wit twitter tapi lame2 rase bosan jugak sebab kurang applications and for MFace, dah lupe paswordddddd.. hehehehe :D





Dan yang agak malang sikit, muke HITAM GILA lepas mandi kat Desa Waterpark aritu, rase nyesal pun ade gak but i'm blessed. Alhamdullilah! kate org amik mase setahun back to fully normal, lame tu.. ish3



From the bottom of my heart, saya bersyukur. Im blessed. saya sangat grateful for that.
Seronok rasanya sebab saya banyak juga travel pada tahun 2011 ni. banyak membuka mata dan minda, mcm mana org lain bekerja, mcm mana adab mereka dan mcm mana mereka melayan orang "luar" seperti saya.

kepada friends saya yg POSITIF dan yg sentiasa menyokong. TERIMA KASIH TAK TERHINGGA. I LOVE YOU ALL. anda sangat baik hati, dan mereka yg memahami saya. Kepada negativity, i have no time for you. im too happy and too busy to bother. im sorry.

teruskan bersama saya. InshaAllah, Bear with me. Akhir sekali selamat tahun baru. Semoga tahun tahun akan datang lebih bermakna dan diberkatiNya.

Rasenye cukuplar setakat nie. i will update more later. Take care. be good.


Fird Kamaruzaman
xoxo

Saturday, December 3, 2011

Happy Old Year 2011 and Welcoming 2012 =)

Salam semua. Im back. just finished my school session for 2011. what a life. been really busy, im only active on Tweeter je. but since saya dah ada masa sikit sekarang, heres a lil update.
oh dear dah lama tak update FB. asyik ke hulu ke hilir je.

Seperti biasa, its been an okay week for me. but today, im very upset. yes as a  person, theres price i hafta pay. but kadang2 kan lebih baik kalau semua faham yang saya ni pun manusia...

Oh my God, im not too well again today. its been few days. hope it will go away soon coz i have a very tight schedule.

 im gonna miss you guys. thanks for the opportunity, ive learned rapidly,and alot from u guys. Blessed to be part of one of u guys friends.

and to all Salam Maal Hijrah. harap tahun ini dan akan datang lebih diberkati. from my heart thanks for the continous support. all the doas, thats all i need. harap semuanya lebih bagus , lebih tenang, lebih aman.

anyway, how was your weekend? best? fird punya di fully utilise dengan mcm2 benda dan kejadian yg jadi. i hope u guys had a great weekend. ive been trying to upload gambar2 baru but mcm susah je. it takes longer than usual. i bet semua org tau psl Harimau Malaya. its amazing how them potrayed themself sebelum ni kan? itulah manusia. kadang2 nampak baik dan 'terlindung' je muka, tapi the true color Tuhan je yg tau. sigh... and i heard ade lagu baru untuk Harimau Malaya ;p

i try to upload few photos of me and friends ok. harap2 takde lah yg tak bertanggungjawab copy paste pastu taruk kat blog masing2 pastu gosip. henti henti kan lah ye?

selain tu, saya masih dalam perbincangan for my tusyen. im doing okay cuma extremely tired, badan and emosi. sekarang get back to routine, enough sleep, more water and exercise.

cinta 3 segi. apa tu? God knows and i haf proof that the reason why we broke up is bcoz somthing else. bukan sebab pihak ketiga. please, get it cleared and no more after this. tak payah pandai2 nak bercakap and spread "VIRUS" ni.

twitter. i tweet, kalau i approve request, ada pulak yg tak bertanggungjawab buat benda bukan2. lumrah. itulah yg internet buat. bila kita nak lebih dekat dengan kengkawan, ada pulak yg mencacatkan niat2 tu.

saya, akan bercakap bila perlu, berkongsi bila sampai masa.
 sekurang2 kurangnya saya bukan bertopeng

actually fird a little bored during this holiday sbb ddk rumah je, nak jalan pon my mom dh malas tpi naseb aek fird dapat sebokkan diri dgn bende2 yg pelik2.. hikhikhik =) can't wait for my joy this thursday, i'm waiting Ikmal Hazim!

byk btuk perkare trjdi and hope Allah brikan yg terbaek utkku ttpi sprti d'jgke, Kak Cat x jadi dtg smalam, it's a bad feeling actually but yeah it's not like the makcikmakcik!

semue dh busy dgn tusyen wverywhere, foe me bkn x risau nak SPM next year cume nak relax sikit sbb bru 2 minggu kowt cuti skolah.. yahooo!!!

finally, lagu favoutireku Cinte Muke Buku by Najwa Latif dapat msuk final AJL, gud luck n mesty mng punye! tpi 3G dh trsngkir dri MLM, muke Didie nmpak sedey sgt!

actually Fird sbnrnye risau dgn hujn nie sbb Kajang dh banjir dh, dkt je tu, moge Allah melindungi seluruh umat Islam di seluruh dunia , Amin~

that's all guys, i need something to do.. bye!

SALAM
XOXO




Friday, December 2, 2011

Best Song from Najwa Latif-Carta Hati

Tajuk Lirik Lagu: Carta Hati
Artis/Penyanyi: Najwa Latif
Komposer:Najwa Latif
Penulis Lirik: Ika Latif

hmm.. hoo.. haaa.. mmm..
Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah
Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati

Lalu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia

Sehidup semati kita
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya

hmm.. hoo.. lalala.. mmm..

Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati
Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita

Lalu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia
Sehidup semati kita
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selama-lamanya

lalalalala.. hooo…
lalalalala.. mmm…


http://www.youtube.com/watch?v=AGllgO_mBoE

Thursday, October 13, 2011

Salam SMA+Deepavali =)

Salam !

Hi apa khabar semua? masih mood beraya? hope syawal is treating everyone good.


it's been ages since i wrote any notes. for u guys info, i'm just too busy with my exam yang makin hampir, really hope that i can do the best, so pray the best for me. First of all, thanks kepada yg mengutuk blog ni, for me, it's up to them bcoz i'm not a God who can ask anyone to do what i want tapi kalau dah tak suke tu, segeralah angkat kaki mcm lagu mak Bienda tu, Shieda dangdut.


actually, skrg nie Fird dh msuk mood exam sebab dah dlm minggu exam pon tapi lari kejap sebab nak updates blog nie yg dah lame sgt d'tgglkn, sorry guys. SMA yang bakal menjelang lagi beberapa hari nie semakin menyematkan Fird utk terus hafal.


tapi macam biase, T/H was the tough ever but i have to give my 110% on it sebab yg laen2 dah dapat mumtaz kat AQ , Fird je yg tetibe dapat Jayyid Jiddan, wah, condifent nie! ape2 pun, we go through our life smoothly.


mengulas mengenai exam baru nie, nothing change cume normallar ade a few solan yg agak susah n yg pling mengejutkan Fird siap wat study group lgi utk paper math ari nie semalam, Alhamdullilah, nampak jugak r hasilnye, hope Ikmal Hazim Mat Shah sudi wat kelas add mtah ari rabu nie utk mendapatkan hasil yang sama, macam promosi plak.

Alrite. the most important thing. my raya went well. i had fun catching up with cousins and sedara mara. i went back to rembau, negeri sembilan for couple of days dan it was nice. we had Hamidah gathering, again . yes =) i love my big or not so big family hehe. saya harap anda semua pun seronok.


yang paling mengejutkan adlh Fird brtemu Faizal a.k.a rakan sekampung. sangat tak percaya tapi betul r, dunia ni kecik je, kuasa Allah lagi Besar, Ahmad Firdaus Kamaruzaman cintakan Allah.


baru2 nie pun kite sering d'kjutkan dgn mcm2 bende kan? tak tahu lar ape nak jadi tapi yang penting kite buat hal kite n pastikan bende tu betul n going smoothly. as our plan, sabtu nie my sis nak buat satu birthday party+BBQ, i just follow it bcoz doeesn't need my money at all, hooraayyy !

Harap semuanya yang dirancang akan berjalan lancar, doakan kelancaran dan ketenangan saya sebab exam ini memerlukan daya tahan dan iman yg kuat =)

. semuanya tersusun, semoga Allah berkati perjalanan saya. Dan saya juga doakan untuk anda semua juga, harap semuanya gembira dan tenang. bila dah nak masuk tahun baru ni, and when i look back, i thank Him. seriously, things really happen for a reason. saya bersyukur dan lega. memang Allah dah susun yg terbaik untuk kita dan Dia tau hikmah disebalik segalanya. Saya lebih bahagia, lebih gembira dan tenang. im blessed. i love my family and friends, and my love InshaAllah.

Jadi, always keep in mind, hidup kita ada ups and downs tapi we focus on positive things. that is what keep me going. positivity. semua org ada rezeki masing2, semua org ada bahagian masing2. bersyukur dengan apa yg kita perolehi.

Last but not least, satu lagi kehilangan besar. Allahyarham Ahmad Jais. kita sama sama doakan beliau ditempatkan dikalangan org org beriman.Amin..

Alrite i gotta go susun my baju, OMG i seriously have to get a bigger wardrobe.

to all my friends, terima kasih banyak2 sebab sentiasa menyokong. Hanya Tuhan saja yg dapat membalas jasa ihklas anda itu. on my side, i will try to better myself. InshaAllah. jgn risau, saya baca semua komen cuma saya hanya mampu reply dengan menulis note mcm ni =)


be safe

be positive

Ahmad Firdaus Kamaruzaman


Sunday, August 28, 2011

MerdekaRaya 2011

Hi salam semua. Apa khabar?

i bet everybody is busy with hari raya celebration bcoz i'm busy too with my preparation. yeay bulan kemenangan hebat bagi umat islam seluruhnya. Sambutlah dengan sederhana , gembira dan tenang.

saya nak mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua peminat saya. semoga Allah terus berkati kita dan sentiasa melindungi kita. Saya memohon maaf di atas segala kesilapan atau ketelanjuran bahasa selama ini. saya doakan kita semua gembira dan selamat sentiasa. akan saya pelajari memperbaiki diri dari masa ke semasa.

Im gonna miss Ramadhan.

It's our last day of ramadan 2011. Alhamdulillah, it's has been a mixed month for me. I am grateful for everything , good or bad. I believe it all happened for a reason.

Saya nak ucapkan TERIMA KASIH yg tak terhingga kepada anda semua. Yg banyak menyokong saya, memberi nasihat, dan percaya kpd saya. Dan menerima saya adalah manusia biasa juga. Saya belajar dan akan terus belajar.

As we get ready to step into new decade, saya mendoakan everything that we plan will turn the way we expect it to be. InshaAllah. I wish u all the happiness, blessings and more rezeki pada ramadan akan datang.

Let's 'freshen up'. Lupakan yg lama, look forward, sentiasa berfikiran sihat. I have a strong feeling that it's gonna be a remarkable one. We still have time. And hope. So we must change for the better.

Doakan kesejahteraan dan ketenangan hidup saya dan juga perjalanan saya. We have been tested but yet we're still here surviving. Thanks to Allah. I will always love Him.

Selain tu, thun ni MerdekaRaya dan inilah erti sebenar merdeka bukan sahaja dari penjajah tapi juga dari segala nafsu serakah. May Allah always bless us . Amin ~

To my friends, I love ya'll. Without u I'm nothing.

To my family,thanks for always believing in me .

till then

oke3, finally saye nak buat ucapan raye,

Hai!! name saye Ahmad Firdaus Kamaruzaman .

lar dah name saye Ahmad Firdaus Kamaruzaman, mesti org dah thu name saye sebab dah facebook saye .

anyways , Fird nak mengucapkan Selamat Berpuasa dan yang paling penting dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin.

Maaf kalau saye ade tersalah cakap , terkasar , tersasul or watever . saya inigin memohon maaf . InshaAllah saya akan cube memperbaiki diri saye , dalam mase yg same kepada family belah mak and ayah saya , kakak , abang , and rakan2 .. Jangan lupa untuk terus follow my blog and fb or twitter untuk mengetahui more bout me.

Selamat Hari Raye ..

Be safe where ever you are.

Have a blessed and joyous Hari Raya

Saya hargai semua.terima kasih atas sokongan ikhlas anda yg tak berbelah bahagi

Ahmad Firdaus Kamaruzaman

BYE !!