Let me help you to search

Sunday, December 9, 2012

Kisah Schaya - Episod 4



                                                                         Episod 4
             mereka terkejut kerana ternampak ibunya yang terbaring di hadapan bilik air . Mereka berdua lantas pergi ke ibu mereka lalu memanggil adik dan bapa tiri mereka untuk membantu mereka mengangkat ibu mereka naik ke bilik . Pada hari itu , setiap ahli keluarga Schaya tidak keluar dari rumah untuk melakukan aktiviti mereka seperti biasa kerana mereka semua risau akan keadaan ibunya . Schaya menelefon seorang doktor dari salah sebuah klinik di pekan untuk datang ke rumahnya dan memeriksa ibunya . Selepas beberapa minit , doktor tersebut iaitu Doktor Amyra pun tiba di rumah mereka dengan membawa kelengkapannya .
              Setelah Doktor Amyra selesai memeriksa Mak Cik Scharah , beliau meminta Schaya untuk keluar dari kamar ibunya kerana ada perkara yang ingin beliau bincangkan dengannya . Menurut Doktor Amyra , ibu Schaya itu disyaki menghidap kanser payu dara . Tersentap hati Schaya mendengar khabar dari Doktor Amyra itu , tetapi Doktor Amyra cuba meyakinkannnya supaya membawa ibunya pergi ke hospital untuk pengesahan mengenai penyakit yang dihadapi oleh ibunya itu . Kemudian , Schaya pun memberikan wang perkhidmatan kepada Doktor Amyra walaupun pada ketika itu dia tidak mempunyai wang . Dia mengambil wang sebanyak RM50 dari tabungnya yang disimpan bertujuan untuk menyambung pengajiannya di universiti . Tetapi Schaya tidak kisah kerana kesihatan ibunya lebih penting , lagipun wang di dalam tabungnya masih banyak untuk dibandingkan dengan RM 50 tersebut .
              Setelah Doktor Amyra pulang ke kliniknya , Schaly terus meminta izin dari bapa tiri dan ibunya untuk keluar kerana menurutnya pada hari ini dia harus menemani bosnya untuk berjumpa klien . Schaya cuba menahan adiknya dari pergi kerana semua anggota keluargannya yang lain masih lagi menemani ibunya .Tetapi seperti biasa , dia tidak mengendahkan kata-kata kakaknya itu . Sebenarnya , hubungan Schaly dan Encik Zarif bukanlah sekadar pekerja dan majikan , mereka berdua juga sedang asyik menyulam cinta dan menurut Schaly , Encik Zarif bakal masuk meminangnya pada hujung tahun ini .
              Selang beberapa hari , pada setiap pagi , semakin kerap Schaly mengadu kesakitan dan bertambah buruk lagi apabila Schaly sering  muntah-muntah walaupun pada malam semalamnya dia tidak makan . Hal ini merungsingkan Mak Cik Scharah yang sedang terlantar di katil dan menyuruh Schaya membawa adiknya ke hospital . Tetapi , Schaly tidak mahu kerana menurutnya dia cuma keracunan makanan dan akibat daripada kakaknya yang cuma memasak makanan yang sangat tidak berkhasiat . Schaya tidak mempunyai pilihan kerana dia sendiri sudah kehabisan wang melainkan simpanannya . Ibunya pula sudah lama tidak ke warung kerana semakin hari sakitnya bertambah parah .
             Pada keesokan harinya , Schaya membawa ibunya ke hospital dibantu adiknya , Schafiq . Pak Cik Razif tidak dapat mengikut mereka berdua ke hospital kerana dia tidak boleh lagi meninggalkan sawahnya kerana sejak isterinya sakit , dia selalu sangat tidak ke sawah . Setelah selesai menjalani pemeriksaan di hospital , pihak hospital mengarahkan Schaya untuk menunggu surat dari pihak hospital mengenai kesahihan penyakit ibunya itu . Setelah itu , Schaya , Mak Cik Scharah dan Schafiq pulang menaiki bas . Selang beberapa minggu , Mak Cik Scharah mendapat sebuah surat dari pihak hospital , disebabkan Mak Cik Scharah yang buta huruf , dia menyuruh Schaya membacakan surat itu sejurus selepas Schaya pulang dari bekerja di kilangnya . Menurut surat itu , Mak Cik Scharah disahkan ..... ( bersambung )