Let me help you to search

Tuesday, April 30, 2013

Kisah Schaya - Episod 11



                                                                        Episod 11
                   Pak Cik Syam . Dia datang bersama Mak Cik Joyah untuk memberi khabar kepada Schaya dan Schafiq mengenai bapa tirinya , iaitu Pak Cik Razif . Menurutnya , Pak Cik Razif sekarang sedang berada di hospital dan di dalam keadaan nazak . Pak Cik Razif merayu kepada Pak Cik Syam dan Mak Cik Joyah supaya mencari ketiga-tiga anak tirinya kerana dia ingin memohon maaf kepada mereka kerana dia sudah menyesali segala perbuatannya . Tanpa berfikir panjang , Schaya menyuruh Schafiq mengikutnya ke hospital tetapi Schafiq masih lagi tidak dapat melupakan segala perbuatan bapa tirinya itu terhadapnya . Dia tetap berkeras untuk tidak bertemu Pak Cik Razif walaupun sudah dinasihati oleh Mak Cik Joyah, Pak Cik Syam mahupun Schaya. Oleh itu, Schaya membawa Pak Cik Syam dan Mak Cik Joyah kembali ke hospital menaiki keretanya kerana sewaktu mereka datang tadi, mereka datang menaiki bas awam.
                    Setibanya di hospital , mereka bergegas menuju ke katil Pak Cik Razif . Pak Cik Razif yang terlihat kelibat Schaya berasa sangat gembira dan tertanya-tanya mengenai Schaly dan Schafiq . Schaya terus menemui Pak Cik Razif dan menanyakan khabarnya . Pak Cik Razif kelihatan begitu berbeza dengan keadaannya sebelum ini kerana dia tidak lagi kelihatan galak , garang dan bersikap dingin terhadap Schaya . Hal itu mengembirakan Schaya , Pak Cik Syam dan Mak Cik Joyah . Pak Cik Razif memohon maaf kepada Schaya dan berterima kasih kepada Pak Cik Syam dan Mak Cik Joyah kerana merealisasikan impiannya untuk bertemu semula dengan anak tirinya itu . Pak Cik Razif bertanya kepada Schaya mengenai Schafiq dan Schaly . Schaya yang tidak mahu menghampakan bapa tirinya itu terpaksa berbohong kepadanya dengan mengatakan bahawa Schafiq terpaksa bekerja kerana ada urusan yang sangat penting dan Schaly pula sedang sibuk dengan rumahtangganya . Pak Cik Razif yang mendengar hal itu berasa sangat lega kerana mereka masih lagi mahu mengakuinya sebagai bapa tiri walaupun pelbagai perkara buruk telah dilakukan olehnya . Pak Cik Syam dan Mak Cik Joyah yang mendengar berasa hairan mengenai sikap Schaya yang berbohong kepada Pak Cik Razif mengenai sebab ketidak hadiran Schafiq ke hospital itu . Selang beberapa minit , Pak Cik Syam dan Mak Cik Joyah pun meminta izin untuk pulang kerana anak mereka iaitu Idham telah samapi untuk menjemput mereka untuk dibawa pulang ke rumah .
                     Sejurus mereka berdua pulang , Pak Cik Razif berkali-kali memohon maaf kepada Schaya dan merayu kepadanya untuk tinggal kembali bersamanya di rumah peninggalan arwah ibunya , Mak Cik Jinnah . Schaya yang risau mengenai Schafiq yang pasti tidak akan bersetuju dengan idea itu telah memberitahu kepada Pak Cik Razif bahawa dia akan membincangkan hal itu dulu bersama Schafiq . Pak Cik Razif berasa sangat gembira kerana Schaya masih lagi sudi untuk tinggal bersamanya walaupun dia pernah mempunyai niat yang buruk terhadapnya .
                       Setibanya Schaya di rumahnya , dia terus menanyakan keputusan Schafiq mengenai tawaran Pak Cik Razif itu . Schafiq yang masih berdendam terhadap bapa tirinya itu tetap tidak ingin berpindah semula ke situ tetapi berlainan pula bagi Schaya yang tetap ingin berpindah ke rumah lamanya itu kerana beranggapan dia ingin menjaga dan merawat bapa tirinya itu . Schafiq yang menyayangi kakaknya itu menasihatinya agar lebih berhati-hati dengan bapa tirinya itu supaya kejadian yang lama tidak akan berulang lagi . Schaya yang taat mengambil iktibar dari nasihat adiknya itu dan berjanji untuk tidak membiarkan bapa tirinya itu terus memperlakukannya seperti dahulu lagi . Schafiq yang tidak mempercayai janji kakaknya itu memberikan satu cadangan yang bernas kerana dia yakin kakaknya itu sudah pasti akan berlembut dengan bapa tirinya yang kononnya sudah menjadi baik . Cadangan yang dikemukakan oleh Schafiq itu ialah ...... ( bersambung )
                                                                  

Kisah Schaya - Episod 10



                                                                     Episod 10
                  Pak Cik Razif memasuki biliknya itu . Pak Cik Razif yang mabuk itu terus menyergahnya lalu memaksanya supaya memuaskan nafsunya . Schaya  yang ketakutan cuba menyelamatkan dirinya namun tidak berjaya kerana Pak Cik Razif bertindak ganas terhadapnya . Schaya yang ketakutan cuma mampu berdoa kepada Allah supaya dirinya diselamatkan dari segala musibah . Sejurus selepas itu , kedengaran bunyi seperti seseorang sedang mengetuk pintu rumah , rupa-rupanya orang itu adalah Schafiq . Schafiq  yang terdengar Schaya menjerit dari dalam rumah terus memecahkan pintu rumah itu dan terus menuju ke biliknya lalu ternampak Pak Cik Razif yang sedang cuba memperkosa kakaknya itu . Schafiq yang bengang terus memukul dan membelasah Pak Cik Razif . Pak Cik Razif yang marah , terus menyuruh Schaya dan Schafiq keluar dari rumah itu . Namun kali ini , Pak Cik Razif tidak lagi termakan rayuan Schaya kerana dia sangat marah di atas kelakuan Schafiq itu . Schaya terus merayu kepada bapa tirinya itu sehingga Pak Cik Razif mengugut bahawa dia akan menelefon polis sekiranya Schaya dan Schafiq tidak berambus dari halaman rumahnya . Schaya dan Schafiq terpaksa beredar dari situ selepas Pak Cik Razif cuba mengunci pintunya yang telah dipecahkan oleh Schafiq tadi .
              Schafiq dan Schaya keluar dari rumah itu dengan hanya mempunyai duit sebanyak RM100 sahaja kerana itu sahajalah duit yang ada pada Schafiq waktu itu kerana segala wang , pakaian , dan sebagainya milik Schaya berada di dalam rumah . Schaya bercadang untuk pergi berjumpa Schaly , namun Schafiq menegahnya kerana ia akan menambah pedih dihatinya sekiranya dia pergi ke sana , pasti dia akan diusir umpama kucing kurap . Schaya dan Schafiq cuba meminta bantuan dari Pak Cik Syam dan Mak Cik Joyah , kebetulan pada malam itu , mereka berdua tidak ada di rumah kerana pergi menghadiri jemputan perkahwinan di kampung Mak Cik Joyah iaitu di Pantai Kelanang , Banting , Selangor . Maka , Schaya dan Schafiq pun berjalan keluar dari kampungnya tanpa arah tujuan sehinggaah mereka tiba di syarikat tempat Schaya bekerja . Mereka bermalam di bilik pengawal keselamatan di situ kerana kebetulan pada malam itu , pengawal yang bertugas memberikan mereka kesempatan untuk berteduh di situ .
              Pada keesokan harinya , Schaya dan Shafiq dikejutkan oleh pengawal keselamatan tersebut . Schaya meminta Schafiq RM20 lalu memberikan wang itu kepada pengawal keselamatan tersebut sebagai tanda terima kasih kepadanya . Kemudian , Encik Amir  yang baru sampai di pejabat terus menemui Schaya dan Schafiq setelah diberitahu oleh pengawal keselamatan mengenai kejadian semalam . Encik Amir mencadangkan Schaya untuk menggunakan rumah kepunyaan pihak syarikat buat sementara waktu . Encik Amir juga menyuruh Schaya untuk mengajak adiknya untuk tinggal bersamanya di rumah itu .
              Selepas beberapa bulan , Schaya pun berjaya mengumpul wang untuk mencari sebuah rumah sewa kerana sudah terlalu lama dia dan Schafiq tinggal di rumah kepunyaan pihak syarikat itu . Kebetulan , pada waktu itu , Schafiq sudah dinaikkan pangkat menjadi pengurus di stesen minyak tempat dia berkerja . Selepas mereka berpindah , mereka mula menjalani hidup mereka seperti biasa . Pada suatu hari , Schaya terbaca sebuah keratan akhbar bertajuk “PELACURAN BERLELUASA” . Entah mengapa , Schaya merasakan seperti ingin pergi ke tempat tersebut  . Schaya memberitahu Schafiq mengenai niatnya itu , Schafiq menghalang pada mulanya tetapi dia mempersetujuinya selepas melihat kakaknya itu begitu berkeras untuk pergi ke sana . Pada suatu pagi ketika Schaya dan Schafiq sedang bersarapan , telah datang seorang lelaki ke rumah baru mereka itu . Lelaki tersebut ialah ...... ( bersambung )

Kisah Schaya - Episod 9



                                                                       Episod 9
                Schaya juga akan diusir keluar dari rumah itu bersama adiknya . Schaya yang didalam dilema terpaksa mengaku bahawa dialah yang mencuri rantai itu walaupun itu bukanlah hakikat yang sebenarnya . Pak Cik Razif yang sangat marah , mengusir Schaya dan Schafiq dari rumah itu tanpa sebarang wang mahupun keperluan diri seperti pakaian .
               Schaya merayu kepada Pak Cik Razif agar tidak menghalau mereka kerana mereka tidak mempunyai saudara lain melainkan Pak Cik Razif . Pak Cik Raziflah tempat mereka bergantung harap . Pak Cik Razif pun memikirkan mengenainya beberapa kali  . Menurutnya , Schaya dan Schafiq boleh dijadikannya sebagai orang gaji dan orang suruhan di rumah itu . Mereka dibenarkan untuk tinggal di situ tetapi mereka haruslah menuruti segala kemahuan Pak Cik Razif itu . Schaya sangat bersyukur di atas kebaikan Pak Cik Razif itu . Dia tidak kisah sekiranya dia harus melakukan segala pekerjaan di rumah kerana selama ini , dialah yang membantu ibunya menguruskan hal rumah . Schafiq yang masih marah terhadap Pak Cik Razif terpaksa mengalah kerana dia telah dinasihati oleh Schaya supaya tidak melawan perintah bapa tirinya itu supaya dia dan kakaknya itu tidak akan dihalau dari rumah itu .
               Sejak kejadian itu , orang kampung seakan-akan membenci Pak Cik Razif kerana kelakuannya yang sanggup menghalau anak tirinya sendiri walaupun rumah itu sebenarnya adalah kepunyaan ibu mereka . Semenjak itu , Pak Cik Razif sudah tidak bergaul dengan orang kampung lagi tetapi dia mula bergaul dengan orang-orang di pekan . Di sanalah dia mula belajar berjudi , meminum arak , menghisap rokok dan bermain nombor ekor . Setelah beberapa bulan Pak Cik Razif menjalani kehidupan seperti itu , duitnya semakin habis dan dia bercadang untuk menjual tanah sawah yang dibelinya beberapa tahun lalu . Menurutnya , dia tidak memerlukan tanah itu lagi kerana dia sendiri sudah malas untuk mengusahakannnya . Schaya yang mengetahui perkara itu , cuba membantah kerana Schaya sanggup mengusahakannya kerana Schaya masih lagi mahu mengumpul wang untuk meneruskan cita-citanya untuk menyambung pengajiannya di universiti . Namun , Pak Cik Razif tidak mengendahkan bantahan Schaya itu . Dia yang sudah kemaruk berjudi , segera menjual tanah tersebut kepada salah seorang rakannya di pekan dengan harga RM100000 . Schaya dan Schafiq terpaksa mempersetujui tindakan bapa tirinya itu kerana gusar akan dihalau sekali lagi .
               Selepas beberapa tahun , Schafiq yang sudah berusia 18 tahun , sudah mula bekerja di sebuah stesen minyak di pekan . Pak Cik Razif pula masih lagi dengan perangainya yang sama manakala Schaya pula sudah menjadi seorang pengurus kewangan di sebuah syarikat di pekan iaitu Gemilang Berhad . Dia bekerja di situ selepas dicadangkan oleh Encik Seth . Sebenarnya , syarikat itu adalah kepunyaan rakan baik Encik Seth iaitu Encik Amir . Schaya sudah bekerja di syarikat itu selama 3 bulan . Semenjak dia bekerja di situ , barulah dia mula mengenali kegembiraan hidup di luar kerana selama ini dia sering ditimpa pelbagai musibah . Di situ , Schaya dilayan sangat baik oleh Encik Amir dan dalam masa yang sama , Schaya sering keluar bersama Encik Seth . Namun begitu , Schaya tidak menceritakan kepada mereka mengenai keadaanya di rumah . Kelakuan Encik Seth dan Encik Amir seolah-olah mereka sukakan wanita yang sama iaitu Schaya . Namun Schaya masih tidak membuka hatinya untuk sebarang cinta kerana dia masih lagi belum mencapai cita-citanya .
                  Pada suatu malam , Pak Cik Razif pulang dalam keadaan mabuk . Kebetulan pada malam itu , Schafiq pulang lewat kerana ingin menunggu lori minyak datang untuk menghantar minyak . Jadi , Schaya dan Pak Cik Razif sajalah yang berada di rumah itu . Schaya yang sedang asyik melipat baju jemuran di biliknya tiba-tiba terkejut apabila ...... ( bersambung )

Kisah Schaya - Episod 8



                                                                          Episod 8
              mengatakan bahawa Pak Cik Razif tidak dapat hadir ke majlis kenduri arwah tersebut kerana masih lagi bersedih di atas kematian isterinya itu . Selain itu , Pak Cik Razif juga memesan kepada Schaya supaya memberitahu Pak Imam Sab Jahan supaya tidak mengadakan majlis kenduri tahlil arwah itu lagi pada esok malamnya di atas sebab-sebab tertentu  . Pak Imam terpaksa bersetuju dengan permintaan Pak Cik Razif itu tanpa menyoal banyak kepada Schaya . Selepas itu , kenduri tersebut pun dimulakan dengan bacaan surah Yasin . Setelah selesai , Schaya dan Schafiq pun pulang bersama Mak Cik Joyah dan Pak Cik Syam .
             Setibanya di rumah , Pak Cik Razif menyuruh Delaila mengemas semua pakaian ibunya dari kamar bapa tirinya itu dan membakarnya kerana Pak Cik Razif berkata bahawa dia tidak ingin mempunyai kaitan dengan Mak Cik Scharah lagi . Namun dalam diam , Schaya menyorokkan baju-baju kesayangan ibunya di biliknya . Selain itu , Pak Cik Razif juga menyuruh Schafiq mengemas pakaiannya dan membawanya ke bilik Schaya kerana mulai sekarang mereka berdua harus berkongsi bilik . Schafiq yang tidak bersetuju , cuba mempertahankan haknya sehingga Pak Cik Razif dan Schafiq bergaduh . Schafiq juga telah ditampar beberapa kali oleh Pak Cik Razif , Schafiq yang tersangat marah terasa ingin menumbuk bapa tirinya itu . Tetapi dihalang Schaya kerana Schaya gusar adiknya akan dihalau sekiranya berdegil dengan kemahuan Pak Cik Razif . Kemaraham Schafiq semakin reda apabila dinasihati kakaknya .
              Selepas sebulan kematian Mak Cik Scharah , tiba-tiba Schaly pulang ke rumah . Schaya sangat gembira melihat kelibat Schaly yang datang dengan sebuah kereta mewah yang dipandu oleh seorang lelaki . Sebenarnya Schaly datang untuk menuntut harta peninggalan arwah ibunya . Schaya sudah memberitahunya bahawa segala harta arwah ibunya telah diserahkan kepada bapa tirinya . Namun Schaly tidak mempercayainya , lantas Schaly segera menuju ke bilik arwah ibunya itu . Di situ , dia terjumpa seutas rantai emas dan sebenarnya rantai itu adalah rantai perkahwinan yang diserahkan oleh bapa kandungnya kepada arwah ibunya suatu masa dahulu . Schaly yang tidak mengendahkan kakaknya itu terus keluar dari rumah tersebut dengan membawa rantai tersebut . Schaya cuba menghalang tetapi Schaya dipukul dan diberi amaran oleh Schaly , dia mengarahkan Schaya untuk merahsiakan kejadian pada hari itu sekiranya dia mahu adiknya iaitu Schafiq selamat . Schaya yang lurus itu pun mengikut perintah adiknya itu  . Kebetulan , sewaktu Schaly datang ke rumah itu , Schafiq dan Pak Cik Razif tiada di rumah , jadi hanya mereka berdua sahajalah yang mengetahui mengenai rantai itu .
               Setibanya Pak Cik Razif di rumah , dia terus menuju ke biliknya . Selepas beberapa minit , dia menjerit memanggil nama Schaya . Schaya yang waktu itu sedang menemani adiknya , Schafiq makan tengah hari , segera menemui bapa tirinya itu . Samapi saja di bilik itu , Schaya terus ditengking oleh bapa tirinya itu , dia menanyakan mengenai rantai yang telah diambil oleh Schaly itu . Pada mulanya , Schaya mahu memberitahu mengenai Schaly yang mengambilnya tetapi setelah memikirkan keselamatan Schafiq , dia pun berpura-pura tidak tahu . Pak Cik Razif yang tidak mempercayainya , memukul Schaya dengan teruk untuk memaksa Schaya mengaku bahawa Schayalah yang mencuri rantai itu . Schaya yang menjerit kesakitan dibantu oleh adiknya Schafiq lalu Schafiq memukul bapa tirinya itu semula . Pak Cik Razif yang sangat marah menyuruh Schafiq untuk keluar dari rumahnya itu dengan segera . Dalam masa yang sama , dia juga memaksa Schaya mengaku bahawa dialah yang mencuri rantai itu kerana jikalau tidak , ...... ( bersambung )

Kisah Schaya - Episod 7



                                                                  Episod 7
                  terlihat kelibat Doktor Midah yang keluar dari bilik bedah tersebut dengan riak muka yang sangat mengelirukan Schaya dan Schafiq . Schaya dan Schafiq segera menanyakan keadaan ibunya . Namun , Doktor Midah memberitahu bahawa ibunya tidak dapat diselamatkan kerana kansernya sudah merebak ke anggota badannya yang lain tanpa disedarinya . Schaya yang mendengar berita tersebut terus tersungkur ke lantai dan menangis teresak-esak sambil diredakan oleh Schafiq adiknya . Selang beberapa minit , Doktor Midah memberikan Schaya telefon bimbitnya supaya Schaya dapat menelefon ahli keluarganya yang lain tetapi sayangnya Pak Cik Razif cuma menyuruh Schaya mengarahkan pihak hospital membawa jenazah ibunya ke rumah mereka .
               Setibanya di rumah , tidak kelihatan seorang pun orang kampung yang datang untuk menziarahi jenazah ibunya . Rupa-rupanya , Pak Cik Razif tidak memberitahu orang kampung mengenai kematian isterinya itu . Schaya yang sangat penat dan letih kerana baru pulang dari hospital itu terus menuju ke masjid untuk memaklumkan berita tersebut kepada Pak Imam iaitu Pak Cik Sab Jahan . Sejurus selepas itu , terdapat beberapa orang kampung yang datang untuk membantu Schaya sekeluarga menguruskan jenazah ibunya dan membacakan surah Yasin buat jenazah ibunya .
              Walaupun dalam keadaan begitu , Schaly tetap tidak pulang dan Pak Cik Razif pula seolah-olah berlakon melayan Schafiq dan Schaya dengan baik dihadapan orang kampung . Schaya yang tidak menahan sebaknya itu , terus menuju ke biliknya untuk meratapi kesedihannya kerana dia tidak mahu orang lain lihat akan kelemahannya yang suka menangis dan dia berazam untuk menjadi seorang wanita yang tabah dan kuat seperti arwah ibunya . Setelah selesai jenazah Mak Cik Scharah dikebumikan , semua orang kampung pun pulang ke rumah mereka melainkan Mak Cik Joyah dan Pak Cik Syam yang menemani Schaya dan Schafiq sehingga lewat petang di tapak perkuburan ibu mereka .
               Pada lewat petang , Pak Cik Syam dan Mak Cik Joyah menasihati  Schaya dan Schafiq untuk pulang kerana tidak elok sekiranya mereka berdua terus  meratapi pemergian ibu mereka itu . Lagipun mereka harus segera pulang ke rumah bagi membantu Pak Cik Razif menyiapkan persiapan untuk kenduri tahlil arwah pada malam ini . Schaya yang taat mengajak adiknya pulang ke rumah . Setibanya di rumah , Pak Cik Syam dan Mak Cik Joyah meninggalkan Schaya dengan  Schafiq bersama Pak Cik Razif . Pak Cik Razif terus menyuruh Schaya dan Schafiq untuk memasak juadah untuk dihantar ke masjid tetapi Schaya membantah kerana dia mengatakan kenduri tersebut harus dilakukan di rumah ini kerana ini adalah rumah arwah ibunya . Tetapi dengan pantasnya , Pak Cik Razif menuju ke biliknya dan mengambil satu sampul surat dan menyuruh Schaya untuk membacakan kenyataan yang terdapat di dalam surat tersebut . Schaya yang naif menuruti perintah bapa tirinya itu , tetapi rupa-rupanya surat itu menunjukkan mengenai kesahihan hak pindah milik rumah ini daripada arwah ibunya kepada bapa tirinya itu . Surat itu telah disediakan oleh rakan Pak Cik Syam pada dua bulan lepas . Mak Cik Scharah memberikan rumah itu kepadanya kerana dia sangat berharap Pak Cik Razif dapat menjaga semua anak-anaknya .
                Schaya terpaksa menurut perintah Pak Cik Razif kerana dia telah memberi amaran bahawa dia akan menghalau Schaya dan Schafiq dari rumah itu sekiranya mereka tidak ingin mengikuti perintahnya . Schaya pun meneruskan kerjanya memasak mee goreng untuk dihantar ke masjid . Setelah selesai , dia dan Schafiq bersama-sama menghantarnya ke masjid dan apabila orang bertanya mengenai PaK Cik Razif , mereka akan menjawab seperti yang disuruh iaitu ...... ( bersambung )