Let me help you to search

Tuesday, April 30, 2013

Kisah Schaya - Episod 9



                                                                       Episod 9
                Schaya juga akan diusir keluar dari rumah itu bersama adiknya . Schaya yang didalam dilema terpaksa mengaku bahawa dialah yang mencuri rantai itu walaupun itu bukanlah hakikat yang sebenarnya . Pak Cik Razif yang sangat marah , mengusir Schaya dan Schafiq dari rumah itu tanpa sebarang wang mahupun keperluan diri seperti pakaian .
               Schaya merayu kepada Pak Cik Razif agar tidak menghalau mereka kerana mereka tidak mempunyai saudara lain melainkan Pak Cik Razif . Pak Cik Raziflah tempat mereka bergantung harap . Pak Cik Razif pun memikirkan mengenainya beberapa kali  . Menurutnya , Schaya dan Schafiq boleh dijadikannya sebagai orang gaji dan orang suruhan di rumah itu . Mereka dibenarkan untuk tinggal di situ tetapi mereka haruslah menuruti segala kemahuan Pak Cik Razif itu . Schaya sangat bersyukur di atas kebaikan Pak Cik Razif itu . Dia tidak kisah sekiranya dia harus melakukan segala pekerjaan di rumah kerana selama ini , dialah yang membantu ibunya menguruskan hal rumah . Schafiq yang masih marah terhadap Pak Cik Razif terpaksa mengalah kerana dia telah dinasihati oleh Schaya supaya tidak melawan perintah bapa tirinya itu supaya dia dan kakaknya itu tidak akan dihalau dari rumah itu .
               Sejak kejadian itu , orang kampung seakan-akan membenci Pak Cik Razif kerana kelakuannya yang sanggup menghalau anak tirinya sendiri walaupun rumah itu sebenarnya adalah kepunyaan ibu mereka . Semenjak itu , Pak Cik Razif sudah tidak bergaul dengan orang kampung lagi tetapi dia mula bergaul dengan orang-orang di pekan . Di sanalah dia mula belajar berjudi , meminum arak , menghisap rokok dan bermain nombor ekor . Setelah beberapa bulan Pak Cik Razif menjalani kehidupan seperti itu , duitnya semakin habis dan dia bercadang untuk menjual tanah sawah yang dibelinya beberapa tahun lalu . Menurutnya , dia tidak memerlukan tanah itu lagi kerana dia sendiri sudah malas untuk mengusahakannnya . Schaya yang mengetahui perkara itu , cuba membantah kerana Schaya sanggup mengusahakannya kerana Schaya masih lagi mahu mengumpul wang untuk meneruskan cita-citanya untuk menyambung pengajiannya di universiti . Namun , Pak Cik Razif tidak mengendahkan bantahan Schaya itu . Dia yang sudah kemaruk berjudi , segera menjual tanah tersebut kepada salah seorang rakannya di pekan dengan harga RM100000 . Schaya dan Schafiq terpaksa mempersetujui tindakan bapa tirinya itu kerana gusar akan dihalau sekali lagi .
               Selepas beberapa tahun , Schafiq yang sudah berusia 18 tahun , sudah mula bekerja di sebuah stesen minyak di pekan . Pak Cik Razif pula masih lagi dengan perangainya yang sama manakala Schaya pula sudah menjadi seorang pengurus kewangan di sebuah syarikat di pekan iaitu Gemilang Berhad . Dia bekerja di situ selepas dicadangkan oleh Encik Seth . Sebenarnya , syarikat itu adalah kepunyaan rakan baik Encik Seth iaitu Encik Amir . Schaya sudah bekerja di syarikat itu selama 3 bulan . Semenjak dia bekerja di situ , barulah dia mula mengenali kegembiraan hidup di luar kerana selama ini dia sering ditimpa pelbagai musibah . Di situ , Schaya dilayan sangat baik oleh Encik Amir dan dalam masa yang sama , Schaya sering keluar bersama Encik Seth . Namun begitu , Schaya tidak menceritakan kepada mereka mengenai keadaanya di rumah . Kelakuan Encik Seth dan Encik Amir seolah-olah mereka sukakan wanita yang sama iaitu Schaya . Namun Schaya masih tidak membuka hatinya untuk sebarang cinta kerana dia masih lagi belum mencapai cita-citanya .
                  Pada suatu malam , Pak Cik Razif pulang dalam keadaan mabuk . Kebetulan pada malam itu , Schafiq pulang lewat kerana ingin menunggu lori minyak datang untuk menghantar minyak . Jadi , Schaya dan Pak Cik Razif sajalah yang berada di rumah itu . Schaya yang sedang asyik melipat baju jemuran di biliknya tiba-tiba terkejut apabila ...... ( bersambung )

No comments:

Post a Comment