Let me help you to search

Tuesday, April 30, 2013

Kisah Schaya - Episod 10



                                                                     Episod 10
                  Pak Cik Razif memasuki biliknya itu . Pak Cik Razif yang mabuk itu terus menyergahnya lalu memaksanya supaya memuaskan nafsunya . Schaya  yang ketakutan cuba menyelamatkan dirinya namun tidak berjaya kerana Pak Cik Razif bertindak ganas terhadapnya . Schaya yang ketakutan cuma mampu berdoa kepada Allah supaya dirinya diselamatkan dari segala musibah . Sejurus selepas itu , kedengaran bunyi seperti seseorang sedang mengetuk pintu rumah , rupa-rupanya orang itu adalah Schafiq . Schafiq  yang terdengar Schaya menjerit dari dalam rumah terus memecahkan pintu rumah itu dan terus menuju ke biliknya lalu ternampak Pak Cik Razif yang sedang cuba memperkosa kakaknya itu . Schafiq yang bengang terus memukul dan membelasah Pak Cik Razif . Pak Cik Razif yang marah , terus menyuruh Schaya dan Schafiq keluar dari rumah itu . Namun kali ini , Pak Cik Razif tidak lagi termakan rayuan Schaya kerana dia sangat marah di atas kelakuan Schafiq itu . Schaya terus merayu kepada bapa tirinya itu sehingga Pak Cik Razif mengugut bahawa dia akan menelefon polis sekiranya Schaya dan Schafiq tidak berambus dari halaman rumahnya . Schaya dan Schafiq terpaksa beredar dari situ selepas Pak Cik Razif cuba mengunci pintunya yang telah dipecahkan oleh Schafiq tadi .
              Schafiq dan Schaya keluar dari rumah itu dengan hanya mempunyai duit sebanyak RM100 sahaja kerana itu sahajalah duit yang ada pada Schafiq waktu itu kerana segala wang , pakaian , dan sebagainya milik Schaya berada di dalam rumah . Schaya bercadang untuk pergi berjumpa Schaly , namun Schafiq menegahnya kerana ia akan menambah pedih dihatinya sekiranya dia pergi ke sana , pasti dia akan diusir umpama kucing kurap . Schaya dan Schafiq cuba meminta bantuan dari Pak Cik Syam dan Mak Cik Joyah , kebetulan pada malam itu , mereka berdua tidak ada di rumah kerana pergi menghadiri jemputan perkahwinan di kampung Mak Cik Joyah iaitu di Pantai Kelanang , Banting , Selangor . Maka , Schaya dan Schafiq pun berjalan keluar dari kampungnya tanpa arah tujuan sehinggaah mereka tiba di syarikat tempat Schaya bekerja . Mereka bermalam di bilik pengawal keselamatan di situ kerana kebetulan pada malam itu , pengawal yang bertugas memberikan mereka kesempatan untuk berteduh di situ .
              Pada keesokan harinya , Schaya dan Shafiq dikejutkan oleh pengawal keselamatan tersebut . Schaya meminta Schafiq RM20 lalu memberikan wang itu kepada pengawal keselamatan tersebut sebagai tanda terima kasih kepadanya . Kemudian , Encik Amir  yang baru sampai di pejabat terus menemui Schaya dan Schafiq setelah diberitahu oleh pengawal keselamatan mengenai kejadian semalam . Encik Amir mencadangkan Schaya untuk menggunakan rumah kepunyaan pihak syarikat buat sementara waktu . Encik Amir juga menyuruh Schaya untuk mengajak adiknya untuk tinggal bersamanya di rumah itu .
              Selepas beberapa bulan , Schaya pun berjaya mengumpul wang untuk mencari sebuah rumah sewa kerana sudah terlalu lama dia dan Schafiq tinggal di rumah kepunyaan pihak syarikat itu . Kebetulan , pada waktu itu , Schafiq sudah dinaikkan pangkat menjadi pengurus di stesen minyak tempat dia berkerja . Selepas mereka berpindah , mereka mula menjalani hidup mereka seperti biasa . Pada suatu hari , Schaya terbaca sebuah keratan akhbar bertajuk “PELACURAN BERLELUASA” . Entah mengapa , Schaya merasakan seperti ingin pergi ke tempat tersebut  . Schaya memberitahu Schafiq mengenai niatnya itu , Schafiq menghalang pada mulanya tetapi dia mempersetujuinya selepas melihat kakaknya itu begitu berkeras untuk pergi ke sana . Pada suatu pagi ketika Schaya dan Schafiq sedang bersarapan , telah datang seorang lelaki ke rumah baru mereka itu . Lelaki tersebut ialah ...... ( bersambung )

No comments:

Post a Comment