Let me help you to search

Tuesday, April 30, 2013

Kisah Schaya - Episod 6



                                                                     Episod 6
              tersebar ke kampung di mana tempat Schaya tinggal . Akhirnya , berita tersebut sampai ke telinga bapa tiri dan ibunya . Mak Cik Scharah tidak mempercayai gosip tersebut tetapi berlainan pula dengan Pak Cik Razif , dia terus memarahi dan memukul Schaya setelah mengetahui berita tersebut . Kemarahan Pak Cik Razif semakin memuncak apabila dari sehari ke sehari Schaly menghasutnya dengan menyebarkan perkara negatif mengenainya . Sejak itu , hubungan Pak Cik Razif dan Schaya semakin renggang dan Pak Cik Razif sudah mula menjadi seorang yang sangat baran . Impiannya untuk membantu Schaya menyimpan duit untuk menyambung pengajian Schaya telah bertukar kepada membantu Schaly menyimpan duit untuk perkahwinannya bersama Encik Zarif .
              Sejak kejadian itu , Schaya dipandang serong oleh masyarakat sekeliling . Namun , masih ada lagi yang mempercayainya iaitu Mak Cik Scharah , Schafiq , Encik Seth dan Aryanna yang sering dia hubungi jika menghadapi masalah . Schaya berasa sangat sedih dengan apa yang menimpa dirinya . Sejak itu , Amanda dan rakan-rakan yang tidak sebulu dengannya menjauhkan diri dari Schaya . Namun , Schaya tetap tabah .
              Pada suatu hari , isteri Pak Syam iaitu Mak Cik Joyah telah datang ke rumah dan menanyakan Mak Cik Scharah mengenai kesahihan cerita itu . Mak Cik Scharah sekeras-kerasnya menafikannya tetapi selepas itu , Mak Cik Joyah bercerita pula mengenai Schaly yang dilihatnya kelmarin bersama seorang lelaki keluar dari sebuah hotel . Mak Cik Scharah berasa malu dengan kelakuan anaknya itu dan memohon jasa baik Mak Cik Joyah agar tidak menghebahkannnya kepada orang kampung . Mak Cik Joyah pun pulang dengan rasa kasihan mengenang nasib Mak Cik Scharah yang tidak habis-habis ditimpa masalah .
              Keesokan harinya , Mak Cik Scharah bersemuka dengan Schaly . Pada waktu itu , Schafiq , Pak Cik Razif dan Schaya juga ada di situ . Mak Cik Scharah menanyakan mengena kesahihan cerita Mak Cik Joyah itu . Pada mulanya , Schaly menafikannya sehinggalah Schafiq berkata alat “PREGNANCY TEST” yang dijumpai Mak Cik Scharah itu adalah kepunyaan Kak Schaly . Oleh sebab itu , Schaly terpaksa mengaku yang dirinya sudah beberapa kali mengikuti Encik Zarif ke hotel berhampiran pekan dan Encik Zarif telah melakukan perkara terlarang dengannya . Pada waktu itu , Mak Cik Scharah berasa sangat sentap dan merasakan umpama dia seorang ibu yang telah gagal mendidik anaknya . Dengan sekelip mata , Mak Cik Scharah terus jatuh tersungkur ke atas lantai dan Schaya dan Schafiq segera mendapatkannya manakala Pak Cik Razif sudah mula termakan kata-kata Schaly yang mengatakan selama ini Mak Cik Scharah , Schaya dan Schafiq cuma beban baginya . Pak Cik Razif sudah mula tidak bertanggungjawab terhadap isterinya .
              Lalu , Schaya segera menelefon ambulans untuk membawa ibunya yang terbaring di lantai ke hospital dengan segera . Dalam waktu itu , Schafiq bergegas memanggil Pak Cik Syam dan Mak Cik Joyah untuk membantu . Kira-kira 30 minit kemudian , ambulans pun datang lalu membawa Mak Cik Scharah ke hospital . Waktu itu , Schaly sudah mengemaskan pakaiannya untuk dibawa bersamanya kerana Schaly mahu meninggalkan rumah yang buruk itu untuk pergi tinggal bersama Encik Zarif di hotel . Schaya cuba menghalang namun Schaya dicemuh dengan hinaan mengenai isunya dengan Encik Seth . Pak Cik Razif pula seperti tidak mengendahkan kejadian yang berlaku lalu mengunci pintu rumah tersebut selepas ambulans membawa Mak Cik Scharah , Schafiq dan Schaya ke hospital . Setibanya di hospital , doktor terus melakukan pembedahan terhadap Mak Cik Scharah kerana kanser payu daranya sudah kembali . Schaya dan Schafiq berasa sangat risau . Setelah tiga jam ...(bersambung)

No comments:

Post a Comment