Let me help you to search

Sunday, December 9, 2012

Kisah Schaya - Episod 4



                                                                         Episod 4
             mereka terkejut kerana ternampak ibunya yang terbaring di hadapan bilik air . Mereka berdua lantas pergi ke ibu mereka lalu memanggil adik dan bapa tiri mereka untuk membantu mereka mengangkat ibu mereka naik ke bilik . Pada hari itu , setiap ahli keluarga Schaya tidak keluar dari rumah untuk melakukan aktiviti mereka seperti biasa kerana mereka semua risau akan keadaan ibunya . Schaya menelefon seorang doktor dari salah sebuah klinik di pekan untuk datang ke rumahnya dan memeriksa ibunya . Selepas beberapa minit , doktor tersebut iaitu Doktor Amyra pun tiba di rumah mereka dengan membawa kelengkapannya .
              Setelah Doktor Amyra selesai memeriksa Mak Cik Scharah , beliau meminta Schaya untuk keluar dari kamar ibunya kerana ada perkara yang ingin beliau bincangkan dengannya . Menurut Doktor Amyra , ibu Schaya itu disyaki menghidap kanser payu dara . Tersentap hati Schaya mendengar khabar dari Doktor Amyra itu , tetapi Doktor Amyra cuba meyakinkannnya supaya membawa ibunya pergi ke hospital untuk pengesahan mengenai penyakit yang dihadapi oleh ibunya itu . Kemudian , Schaya pun memberikan wang perkhidmatan kepada Doktor Amyra walaupun pada ketika itu dia tidak mempunyai wang . Dia mengambil wang sebanyak RM50 dari tabungnya yang disimpan bertujuan untuk menyambung pengajiannya di universiti . Tetapi Schaya tidak kisah kerana kesihatan ibunya lebih penting , lagipun wang di dalam tabungnya masih banyak untuk dibandingkan dengan RM 50 tersebut .
              Setelah Doktor Amyra pulang ke kliniknya , Schaly terus meminta izin dari bapa tiri dan ibunya untuk keluar kerana menurutnya pada hari ini dia harus menemani bosnya untuk berjumpa klien . Schaya cuba menahan adiknya dari pergi kerana semua anggota keluargannya yang lain masih lagi menemani ibunya .Tetapi seperti biasa , dia tidak mengendahkan kata-kata kakaknya itu . Sebenarnya , hubungan Schaly dan Encik Zarif bukanlah sekadar pekerja dan majikan , mereka berdua juga sedang asyik menyulam cinta dan menurut Schaly , Encik Zarif bakal masuk meminangnya pada hujung tahun ini .
              Selang beberapa hari , pada setiap pagi , semakin kerap Schaly mengadu kesakitan dan bertambah buruk lagi apabila Schaly sering  muntah-muntah walaupun pada malam semalamnya dia tidak makan . Hal ini merungsingkan Mak Cik Scharah yang sedang terlantar di katil dan menyuruh Schaya membawa adiknya ke hospital . Tetapi , Schaly tidak mahu kerana menurutnya dia cuma keracunan makanan dan akibat daripada kakaknya yang cuma memasak makanan yang sangat tidak berkhasiat . Schaya tidak mempunyai pilihan kerana dia sendiri sudah kehabisan wang melainkan simpanannya . Ibunya pula sudah lama tidak ke warung kerana semakin hari sakitnya bertambah parah .
             Pada keesokan harinya , Schaya membawa ibunya ke hospital dibantu adiknya , Schafiq . Pak Cik Razif tidak dapat mengikut mereka berdua ke hospital kerana dia tidak boleh lagi meninggalkan sawahnya kerana sejak isterinya sakit , dia selalu sangat tidak ke sawah . Setelah selesai menjalani pemeriksaan di hospital , pihak hospital mengarahkan Schaya untuk menunggu surat dari pihak hospital mengenai kesahihan penyakit ibunya itu . Setelah itu , Schaya , Mak Cik Scharah dan Schafiq pulang menaiki bas . Selang beberapa minggu , Mak Cik Scharah mendapat sebuah surat dari pihak hospital , disebabkan Mak Cik Scharah yang buta huruf , dia menyuruh Schaya membacakan surat itu sejurus selepas Schaya pulang dari bekerja di kilangnya . Menurut surat itu , Mak Cik Scharah disahkan ..... ( bersambung )

Saturday, November 10, 2012

Kisah Schaya - Episod 3



                                                                      Episod 3        
                dia menyuruh Schaya untuk memikirkan semula mengenai keinginannya untuk belajar di universiti memandangkan keluarganya yang hidup sederhana itu . Setelah beberapa minggu berfikir , akhirnya Schaya terfikir untuk melupakan niatnya itu untuk menyambung pengajiannya di universiti . Pada awalnya dia berasa sangat sedih kerana tidak dapat bersama rakan karibnya Aryanna untuk memasuki universiti yang sama , tetapi selepas Aryanna meredakan hibanya , dia rela untuk melepaskan tawaran tersebut . Dia juga beranggapan mungkin bukan rezekinya untuk pergi pada tahun itu , mungkin dia berpeluang untuk mengecapi cita-citanya itu pada tahun yang berikutnya .
              Selang beberapa tahun , Schaya sudah mempunyai wang yang cukup hasil dari membantu ibunya dan bekerja di kilang untuk meneruskan pengajiannya di universiti walaupun pada waktu itu , dia sudah berusia 19 tahun . Dia tetap nekad untuk meneruskan cita-citanya itu . Pada tahun itu , Schaly baru menamatkan persekolahannya dan Schaly bekerja di sebuah syarikat hartanah iaitu Pandora Berhad sebagai kerani biasa . Dia sudah bekerja di situ lebih kurang selama 3 bulan sementara menunggu keputusan SPM . Sebenarnya , Pandora Berhad itu merupakan syarikat yang diuruskan oleh orang Kuala Lumpur iaitu Encik Zarif . Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mengambil Schaly untuk bekerja di situ . Menurut  Schaly , dia berkenalan dengan Encik Zarif ketika dia sedang melepak di pusat membeli-belah .
              Schafiq pula sudah berusia 14 tahun pada waktu itu dan dia sering bercerita kepada Schaya mengenai rakan perempuannya , mengenai sekolahnya , mengenai kehidupan remajanya kepada Schaya . Schafiq sangat rapat dengan Schaya berbanding dengan Schaly kerana Schaly sering pulang dari kerja pada lewat malam . Pak Cik Razif pula sudah  mula mengumpul duit untuk membeli tanah sawah yang sedang diusahakannya itu . Mak Cik Scharah pula masih lagi menjual nasi lemak tetapi perniagaanya sudah semakin maju dan sudah berkembang dari sebuah gerai kecil kepada sebuah warung berhampiran rumahnya .
              Sedang seluruh anggota keluarga Schaya menjalani rutin hidup mereka , tiba-tiba pada suatu pagi ketika Mak Cik Scharah sedang mengambil sampah untuk dibakar di luar rumah , dia terjumpa sebuah alat yang tertulis “PREGNANCY TEST” . Pada mulanya , Mak Cik Scharah menyimpan benda itu untuk diberikan kepada ahli keluarganya yang kehilangan barang kerana Mak Cik Scharah tidak mengetahui mengenai apa yang tertulis pada alat tersebut . Setelah ditunjukkan alat tersebut kepada Schaya , Schaya menerangkan kepada ibunya mengenai fungsi alat tersebut . Ibunya berasa sangat terkejut dan berasa tidak senang duduk kerana dia takut sekiranya hal itu diketahui oleh suaminya . Tapi dalam masa yang sama , Mak Cik Scharah tertanya-tanya mengenai alat tersebut . Siapakah pemilik alat tersebut ?
              Setelah beberapa hari berlalu , Mak Cik Scharah dan Schaya sudah semakin melupakan mengenai kejadian tersebut dan mereka menganggap mungkin alat itu sekadar sampah yang terkutip oleh Schafiq atau Schaly ataupun Pak Cik Razif . Pada suatu pagi , ketika Schaya sibuk seperti biasa membantu ibunya membungkus nasi lemak , kedengaran bunyi seperti orang mengerang kesakitan . Dengan pantas Schaya terus menuju ke bilik adiknya , Schaly kerana bunyi itu datang dari biliknya . Schaya segera membantu adiknya yang kesakitan diatas katil sambil memegang perutnya . Schaya membantunya dengan mengurut perutnya dengan “wicks” . Selang beberapa minit , sakit Schaly itu semakin hilang , lalu , dia dan Schaya pun pergi ke dapur untuk mengelakkan ibunya terus tertanya-tanya . Setibanya mereka di dapur , ...... ( bersambung )

Kisah Schaya - Episod 2



                                                                      Episod 2
             berbohong kepada ibunya . Dia mengatakan bahawa panggilan telefon itu dari rakan karibnya iaitu Aryanna .
               Sejurus  Schaly pulang dari sekolah , Schaya terus mengajaknya ke bilik untuk menanyakannya tentang isu yang diperkatakan oleh Cikgu Samson tengah hari tadi . Schaly mengatakan yang Cikgu Samson menyebarkan fitnah ke atasnya dan Schaya terus mempercayai kata-kata adiknya itu tanpa usul periksa . Selepas itu , Schaly , Schaya , Schafiq , Mak Cik Scharah dan Pak Cik Razif menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa .
              Selang beberapa minggu , sekali lagi Cikgu Samson menelefon rumahnya untuk menyampaikan berita yang sama seperti yang disampaikan kepada Schaya beberapa minggu lepas . Tetapi kali ini , panggilan telefon tersebut telah dijawab oleh bapa tirinya , Pak Cik Razif . Dia berasa sangat marah dengan kelakuan Schaly itu . Sewaktu Schaly pulang dari sekolah , dia terus dimarahi , dipukul oleh Pak Cik Razif kerana kelakuannya yang negatif itu . Mak Cik Scharah cuba mempertahankan Schaly  tetapi kenyataan Cikgu Samson itu sememangnya benar dan diakui oleh Schaly sendiri . Dia mengatakan dia cuma keluar dengan beberapa rakan-rakannya ke pusat mem beli-belah di pekan . Pak Cik Razif sangat marah dan memberinya amaran agar dia tidak mengulangi kesilapannya itu lagi . Setelah dipukul , Schaly terus ke bilik sambil menangis teresak-esak .
               Selepas itu , Schaya cuba memujuk dan menasihati adiknya itu tetapi sebaliknya dia dimarahi dan dicela oleh Schaly kerana Schaly beranggapan bahawa Schayalah punca dirinya dimarahi . Dia menganggap Schaya merupakan individu yang bertanggungjawab memberitahu isu tersebut kepada Pak Cik Razif dan Mak Cik Scharah . Tetapi Schaya tidak dapat menjelaskan hal yang sebenarnya kerana dia tidak dibenarkan bercakap dengan adiknya langsung kerana adiknya sudah memberi amaran agar Schaya tidak bercakap dengannya selama satu minggu . Jikalau tidak , Schaly tidak akan menganggap Schaya sebagai kakaknya lagi . Schaya yang sangat menyanyangi adiknya itu menuruti segala kemahuan adiknya .
              Sejak kejadian itu , seluruh anggota keluarga Schaya menjadi suram dan jarang bercakap antara satu sama lain seperti sebelumnya . Hubungan Schaya dengan Schaly juga semakin renggang. Schaly  seakan-akan berdendam terhadap kakaknya sendiri  . Schaya berasa sangat sedih dan menyalahkan dirinya di atas apa yang telah berlaku .Schaya berasa kesunyian dan dia tidak tahu untuk meluahkan perasaannya kepada siapa . Akhirnya dia berfikir untuk menceritakan masalahnya itu kepada rakan karibnya iaitu Aryanna . Aryanna berasa simpati di atas apa yang berlaku kepada Schaya dan keluarganya . Aryanna menyarankan Schaya supaya lebih sering menasihati adiknya itu .
              Selepas beberapa bulan , Schaya mendapat tawaran dari salah satu universiti terkenal di Kuala Lumpur sejurus selepas dia mendapat keputusan yang sangat memberangsangkan di dalam keputusan SPMnya . Dia berasa sangat gembira , seronok dan teruja untuk mendaftarkan dirinya di universiti tersebut . Dia menceritakan kepada ibunya mengenai tawaran tersebut tetapi sekelip mata air muka ibunya berubah . Schaya bertanya , tetapi ibunya berdiam dan menyuruhnya untuk memberitahu mengenai tawaran tersebut kepada Pak Cik Razif . Sejurus Pak Cik Razif pulang dari sawah , Schaya terus memberitahunya mengenai tawaran tersebut . Pak Cik Razif amat gembira dengan tawaran tersebut tetapi ...... ( bersambung )

Kisah Schaya - Episod 1



                                                                     Episod 1
              Pada jam 5.30 pagi , Schaya bangun dari tidurnya dan terus menuju ke bilik air untuk bersiap . Selepas dia bersiap , dia terus ke dapur untuk melihat keadaan ibunya iaitu Mak Cik Scharah di dapur dan membantu ibunya . Sedang asyik Schaya membantu Mak Cik Scharah membungkus nasi lemak untuk dijual di gerai mereka. Tiba-tiba , mereka terdengar satu bunyi muzik yang sangat kuat . Mak Cik Scharah lantas menyuruh Schaya untuk memeriksa adik-adiknya kerana Schaya merupakan anak sulung di dalam tiga adik-beradik . Rupa-rupanya bunyi itu datangnya dari radio adiknya , Schaly yang sedang asyik menyanyi sambil mendandan rambutnya . Setelah itu , Schaya menyuruh Schaly untuk memperlahankan radionya itu sebelum dimarahi oleh bapa tirinya , Pak Cik Razif . Schaly seperti tidak mengendahkan kata-kata kakaknya itu , lantas bapa tiri mereka pun muncul dan mengarahkan Schaly untuk mematikan radio itu sebelum radio itu dicampak ke luar rumah oleh bapa tirinya itu . Schaly terus mematikannya kerana dia sangat takut akan bapa tirinya itu . Selepas itu , Schaya terus ke bilik adik bongsunya iaitu Schafiq untuk mengejutkan adiknya untuk bersiap ke sekolah .
               Selepas beberapa minit  , semua ahli keluarga Schaya menuju ke dapur untuk sarapan bersama-sama kerana selepas itu , Pak Cik Razif akan pergi ke sawah untuk meneruskan pekerjaannya , Schaly dan Schafiq akan pergi ke sekolah mereka masing-masing manakala Schaya akan mengikut ibunya Mak Cik Scharah ke gerai nasi lemak mereka . Setelah selesai mereka bersarapan , mereka terus menjalankan rutin harian mereka .
              Setelah sampai di gerai nasi lemak ibunya , Schaya segera membantu ibunya menyusun item-item nasi lemak tersebut . Schaya mula membantu ibunya sejak dia menamatkan persekolahannnya di tingkatan 5 dan sedang menunggu keputusan SPMnya . Selain itu , Schaya juga membantu ibunya kerana sejak Schaya berumur 17 tahun , ibunya sering mengadu sakit dada tetapi ibunya tidak mahu ke hospital untuk menjalankan pemeriksaan dengan alasan tidak mahu menyusahkan bapa tirinya . Kebiasaanya , Schaya dan ibunya akan pulang setelah nasi lemak mereka habis di jual kira-kira jam 12.30 tengah hari . Setibanya di rumah , Schaya akan menyuruh ibunya berehat manakala dia akan melakukan kerja rumah dan juga memasak untuk adiknya yang akan pulang dari sekolah sebentar lagi .
             Tiba-tiba , terdengar bunyi deringan telefon di rumahnya . Schaya segera mengangkat panggilan itu bagi mengelakkan ibunya dari terjaga dari tidurnya yang sangat nyenyak . Rupa-rupanya panggilan telefon itu adalah dari Cikgu Samson yang merupakan guru kelas adiknya , Schaly dan juga merupakan bekas gurunya ketika dia di tingkatan 5 . Pada mulanya , Cikgu Samson mahu berbicara dengan ibunya , tetapi disebabkan dia tidak mahu menganggu Mak Cik Scharah yang sedang tidur seperti yang dikatakan oleh Schaya , dia terus berbicara dengan Schaya . Cikgu Samson memberitahu bahawa adiknya , Schaly sudah 2 minggu tidak menghadirkan diri ke sekolah . Tetapi Schaya menafikannya dengan memberitahu bahawa dia melihat adiknya pergi ke sekolah setiap hari . Cikgu Samson mengarahkan Schaya atau ahli keluarga yang lain menasihati  Schaly . Setelah selesai berbicara melaui telefon , Schaya pun meletakkan telefon tersebut dan sejurus selepas itu , ibunya bertanya kepada Schaya mengenai panggilan telefon tersebut . Schaya menyembunyikan hal sebenarnya dari ibunya untuk mengelakkan ibunya dari mendapat penyakit lamanya semula iaitu sakit jantung . Puas dia berfikir cara untuk memberitahu ibunya itu agar ibunya tidak berasa risau dan khuatir tentang adiknya . Akhirnya dia terfikir untuk ....... ( bersambung )

Friday, July 27, 2012

Ramadhan untuk Dia ... ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮

Salam semua. Apa khabar. Hope all is well. Holy blessed Ramadhan is coming, excitement is high, harapnya Allah blessed us all in this year's Ramadhan.

Sahur, berpuasa dan bertarawikh, doakan saya menjadi lebih baik.  Kan? Alhamdulillah. Tapi harus pandai bahagikan masa, time ni lah nak makin tambahkan pahala. Semoga semua diberkati.

Hurmmm nothing much to say, like nothing much to display, tribute to Aisyah Roslan.. hahaha btw, my favourite tv show is coming this Ramadhan ..
Oh ya, Najwa Latif song, AdaMu was super doopa awesome ...

PLKN not offer me anything, so i would like to announce that i will kerja at McD after SPM..bole? hahaha
Trial just around the corner, a lot of preparations that i nedd to settle out. Oh, now, im using SENTAP2 in my languange.. hope u guys do well  .. ahakzz

Btw, as you realized, before this i love to post and came out with new entries in this blog, unfortunately, rite now i have new excitement, TWITTER.. so, i focused more on it..

Oh ye, menanti waktu berbuka, saye nak memohon maaf bagi yg terasa with my loud voice and words..
Hope this Ramdhan is reating us very well.

Saya nak ambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa. Saya doakan semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya untuk kita semua. Maaf sekiranya salah dan sebagainya. Last but not least, SELAMAT HARI RAYA !!!!

Thank you semua.
Follow Me:@FirdKamaruzaman

Thursday, June 7, 2012

Being Fird Kamaruzaman

Hi salam. Apa khabar semua ?!i just realised its has been yonks since i last wrote.. hmmm super busy eh>

Anyways, tujuannya adalah , i would like to thank each and everyone of you here, yang selama ni menyokong saya. memberi pendapat, dan juga kata semangat dalam hidup saya selama ni. This may sound cliche, but saya sangat sangat menghargainya, dan hanya Allah je yg dapat balas.

when i look back, banyak benda yg saya belajar. ups and downs, but anda semua masih kat sini, menyokong continously. i am blessed to have the bestest friends. thank you semua. dan sekarang, InshaAllah, tinggal beberapa hari je lain to my big day =')  takut, nervous, happy, semua ada.
Saya harap anda doakan yg elok elok untuk saya. sebagai manusia, saya juga akan terus berusaha memperbaiki dan terus berdoa. saya harap semuanya akan lancar dan selamat.

just wanna share that Fird baru pulang dari 2 camp in row which is Kem Perkeso and Kem Tutti Fratelli . Both of it gave me a lot of lesson in life. Jungle trekking sgt memenatkan tpi i'll try to finish it and alhamdullilah, i did it.

Bercerita pasal sekolah, lagi beberapa hari akan bermula penggal persekolahan baru . Fird baru nak cuti, mklumlah busy dgn kem and suddenly dh kene pergi sekolah but im blessed. Fird be more metured rite now and im sorry if accidentally hurt anyone.

anyways, my life getting better from days to days . Banyak benda baru Fird belajar. Hope will learn more in future and i can;t wait to see my result for mid year exam.. nervous =)

hurmmm, ape lagi nak share ye? oke to all follower, thanks and those yg comment sory, Fird trpkse delete yg unecessary tu =)

terima kasih kepada anda yg tak henti henti memberi kata perangsang dan semangat, yang memberi ucapan di Facebook dan juga Twitter. maaf, memang diakui saya jarang di Twitter apatah lagi membalas semua tweets. i am really busy with semua persiapan for new penggal persekolahan dan sebagainya.

InshaAllah, Fird akan cube carik mase terluang utk trus update note fb and blog =) u guys can keep in touch with me through fb and twitter . hugs

saya juga akan mendoakan anda semua. thank u from the bottom of my heart. teruskan menyokong dan saya akan cuba memberi apa yg mampu . terima kasih tak terhingga. take care and be good

Sincerity Rocks

Friday, January 27, 2012

Aku REDHA! Alhamdullilah :D

Assalamualikum.

Alhamdulillah
Alhamdullilah
Alhamudllilah

Hi semua. dah lama rasanya saya tak menulis apa apa dalam ruangan ni. dan hari ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih. Alhamdullillah kepadaNya dan juga kepada anda semua yang menyokong saya selama ini.

Rasenye belum terlambat untuk wish GONG XI FA CHAI kepade yang menyambut. 1 Malaysia!


2011, a good year for me. saya banyak belajar, banyak kenal jenis jenis manusia haha =) dan juga masih menimba ilmu. Welcome 2012! SPM YEAR

Alhamdullilah, bersyukur sangat2 dengan result SMA yang keluar pagi tadi. macam2 rasa sampai tahap tak tahu nak rasa dah. hehehe :D .Keputusan yang agak mengejutkan dengan 93.0%. Alhamdulillah.

Thanks to semue ustaz, ustazah, cigu, teacher n everyone yang terlibat. Jasamu akan dikenang.
Gembira jugak untuk kawan2 n sekolah yang sangat2 HEBAT! AWESOME!

Oke, cukup setakat tu, story pasal sekolah in NEW YEAR! memang experience yang sangat2 tak bole dilupakan! rase macam tak percaye dah form 5, tapi yang PASTI i'm very grateful, Alhamdullilah.

Ade cikgu yang baek sangat2 and otherwise tapi semuanya sangat helping. cume risau math2 nie, cikgunye baek sgt4, takut tak bole fokus nanti n sorry teacher, tak hantar hw yang teacher bagi last week.

Dan paling kurang ENAK, tahun nie banyak betul duit keluar, baru kat sekolah. almost everyday kene bayar somethign, tapi hope awal2 jelar sebab next week dah mule kelas petang. LESS TIME TO SOCIAL NETWORKS!

Dat's all pasal sekolah, back to internet, after almost a year menanty, streamyx BERJAYA d'set upkan di rumah Fird, Alhamdullilah... n the best part wireless, wifi, senang nak on9 gune phone tapi macam ade prob sikit but i will work it out!

And for the time being, really busy wit twitter tapi lame2 rase bosan jugak sebab kurang applications and for MFace, dah lupe paswordddddd.. hehehehe :D





Dan yang agak malang sikit, muke HITAM GILA lepas mandi kat Desa Waterpark aritu, rase nyesal pun ade gak but i'm blessed. Alhamdullilah! kate org amik mase setahun back to fully normal, lame tu.. ish3



From the bottom of my heart, saya bersyukur. Im blessed. saya sangat grateful for that.
Seronok rasanya sebab saya banyak juga travel pada tahun 2011 ni. banyak membuka mata dan minda, mcm mana org lain bekerja, mcm mana adab mereka dan mcm mana mereka melayan orang "luar" seperti saya.

kepada friends saya yg POSITIF dan yg sentiasa menyokong. TERIMA KASIH TAK TERHINGGA. I LOVE YOU ALL. anda sangat baik hati, dan mereka yg memahami saya. Kepada negativity, i have no time for you. im too happy and too busy to bother. im sorry.

teruskan bersama saya. InshaAllah, Bear with me. Akhir sekali selamat tahun baru. Semoga tahun tahun akan datang lebih bermakna dan diberkatiNya.

Rasenye cukuplar setakat nie. i will update more later. Take care. be good.


Fird Kamaruzaman
xoxo