Let me help you to search

Saturday, November 10, 2012

Kisah Schaya - Episod 1



                                                                     Episod 1
              Pada jam 5.30 pagi , Schaya bangun dari tidurnya dan terus menuju ke bilik air untuk bersiap . Selepas dia bersiap , dia terus ke dapur untuk melihat keadaan ibunya iaitu Mak Cik Scharah di dapur dan membantu ibunya . Sedang asyik Schaya membantu Mak Cik Scharah membungkus nasi lemak untuk dijual di gerai mereka. Tiba-tiba , mereka terdengar satu bunyi muzik yang sangat kuat . Mak Cik Scharah lantas menyuruh Schaya untuk memeriksa adik-adiknya kerana Schaya merupakan anak sulung di dalam tiga adik-beradik . Rupa-rupanya bunyi itu datangnya dari radio adiknya , Schaly yang sedang asyik menyanyi sambil mendandan rambutnya . Setelah itu , Schaya menyuruh Schaly untuk memperlahankan radionya itu sebelum dimarahi oleh bapa tirinya , Pak Cik Razif . Schaly seperti tidak mengendahkan kata-kata kakaknya itu , lantas bapa tiri mereka pun muncul dan mengarahkan Schaly untuk mematikan radio itu sebelum radio itu dicampak ke luar rumah oleh bapa tirinya itu . Schaly terus mematikannya kerana dia sangat takut akan bapa tirinya itu . Selepas itu , Schaya terus ke bilik adik bongsunya iaitu Schafiq untuk mengejutkan adiknya untuk bersiap ke sekolah .
               Selepas beberapa minit  , semua ahli keluarga Schaya menuju ke dapur untuk sarapan bersama-sama kerana selepas itu , Pak Cik Razif akan pergi ke sawah untuk meneruskan pekerjaannya , Schaly dan Schafiq akan pergi ke sekolah mereka masing-masing manakala Schaya akan mengikut ibunya Mak Cik Scharah ke gerai nasi lemak mereka . Setelah selesai mereka bersarapan , mereka terus menjalankan rutin harian mereka .
              Setelah sampai di gerai nasi lemak ibunya , Schaya segera membantu ibunya menyusun item-item nasi lemak tersebut . Schaya mula membantu ibunya sejak dia menamatkan persekolahannnya di tingkatan 5 dan sedang menunggu keputusan SPMnya . Selain itu , Schaya juga membantu ibunya kerana sejak Schaya berumur 17 tahun , ibunya sering mengadu sakit dada tetapi ibunya tidak mahu ke hospital untuk menjalankan pemeriksaan dengan alasan tidak mahu menyusahkan bapa tirinya . Kebiasaanya , Schaya dan ibunya akan pulang setelah nasi lemak mereka habis di jual kira-kira jam 12.30 tengah hari . Setibanya di rumah , Schaya akan menyuruh ibunya berehat manakala dia akan melakukan kerja rumah dan juga memasak untuk adiknya yang akan pulang dari sekolah sebentar lagi .
             Tiba-tiba , terdengar bunyi deringan telefon di rumahnya . Schaya segera mengangkat panggilan itu bagi mengelakkan ibunya dari terjaga dari tidurnya yang sangat nyenyak . Rupa-rupanya panggilan telefon itu adalah dari Cikgu Samson yang merupakan guru kelas adiknya , Schaly dan juga merupakan bekas gurunya ketika dia di tingkatan 5 . Pada mulanya , Cikgu Samson mahu berbicara dengan ibunya , tetapi disebabkan dia tidak mahu menganggu Mak Cik Scharah yang sedang tidur seperti yang dikatakan oleh Schaya , dia terus berbicara dengan Schaya . Cikgu Samson memberitahu bahawa adiknya , Schaly sudah 2 minggu tidak menghadirkan diri ke sekolah . Tetapi Schaya menafikannya dengan memberitahu bahawa dia melihat adiknya pergi ke sekolah setiap hari . Cikgu Samson mengarahkan Schaya atau ahli keluarga yang lain menasihati  Schaly . Setelah selesai berbicara melaui telefon , Schaya pun meletakkan telefon tersebut dan sejurus selepas itu , ibunya bertanya kepada Schaya mengenai panggilan telefon tersebut . Schaya menyembunyikan hal sebenarnya dari ibunya untuk mengelakkan ibunya dari mendapat penyakit lamanya semula iaitu sakit jantung . Puas dia berfikir cara untuk memberitahu ibunya itu agar ibunya tidak berasa risau dan khuatir tentang adiknya . Akhirnya dia terfikir untuk ....... ( bersambung )

No comments:

Post a Comment