Let me help you to search

Saturday, November 10, 2012

Kisah Schaya - Episod 3



                                                                      Episod 3        
                dia menyuruh Schaya untuk memikirkan semula mengenai keinginannya untuk belajar di universiti memandangkan keluarganya yang hidup sederhana itu . Setelah beberapa minggu berfikir , akhirnya Schaya terfikir untuk melupakan niatnya itu untuk menyambung pengajiannya di universiti . Pada awalnya dia berasa sangat sedih kerana tidak dapat bersama rakan karibnya Aryanna untuk memasuki universiti yang sama , tetapi selepas Aryanna meredakan hibanya , dia rela untuk melepaskan tawaran tersebut . Dia juga beranggapan mungkin bukan rezekinya untuk pergi pada tahun itu , mungkin dia berpeluang untuk mengecapi cita-citanya itu pada tahun yang berikutnya .
              Selang beberapa tahun , Schaya sudah mempunyai wang yang cukup hasil dari membantu ibunya dan bekerja di kilang untuk meneruskan pengajiannya di universiti walaupun pada waktu itu , dia sudah berusia 19 tahun . Dia tetap nekad untuk meneruskan cita-citanya itu . Pada tahun itu , Schaly baru menamatkan persekolahannya dan Schaly bekerja di sebuah syarikat hartanah iaitu Pandora Berhad sebagai kerani biasa . Dia sudah bekerja di situ lebih kurang selama 3 bulan sementara menunggu keputusan SPM . Sebenarnya , Pandora Berhad itu merupakan syarikat yang diuruskan oleh orang Kuala Lumpur iaitu Encik Zarif . Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mengambil Schaly untuk bekerja di situ . Menurut  Schaly , dia berkenalan dengan Encik Zarif ketika dia sedang melepak di pusat membeli-belah .
              Schafiq pula sudah berusia 14 tahun pada waktu itu dan dia sering bercerita kepada Schaya mengenai rakan perempuannya , mengenai sekolahnya , mengenai kehidupan remajanya kepada Schaya . Schafiq sangat rapat dengan Schaya berbanding dengan Schaly kerana Schaly sering pulang dari kerja pada lewat malam . Pak Cik Razif pula sudah  mula mengumpul duit untuk membeli tanah sawah yang sedang diusahakannya itu . Mak Cik Scharah pula masih lagi menjual nasi lemak tetapi perniagaanya sudah semakin maju dan sudah berkembang dari sebuah gerai kecil kepada sebuah warung berhampiran rumahnya .
              Sedang seluruh anggota keluarga Schaya menjalani rutin hidup mereka , tiba-tiba pada suatu pagi ketika Mak Cik Scharah sedang mengambil sampah untuk dibakar di luar rumah , dia terjumpa sebuah alat yang tertulis “PREGNANCY TEST” . Pada mulanya , Mak Cik Scharah menyimpan benda itu untuk diberikan kepada ahli keluarganya yang kehilangan barang kerana Mak Cik Scharah tidak mengetahui mengenai apa yang tertulis pada alat tersebut . Setelah ditunjukkan alat tersebut kepada Schaya , Schaya menerangkan kepada ibunya mengenai fungsi alat tersebut . Ibunya berasa sangat terkejut dan berasa tidak senang duduk kerana dia takut sekiranya hal itu diketahui oleh suaminya . Tapi dalam masa yang sama , Mak Cik Scharah tertanya-tanya mengenai alat tersebut . Siapakah pemilik alat tersebut ?
              Setelah beberapa hari berlalu , Mak Cik Scharah dan Schaya sudah semakin melupakan mengenai kejadian tersebut dan mereka menganggap mungkin alat itu sekadar sampah yang terkutip oleh Schafiq atau Schaly ataupun Pak Cik Razif . Pada suatu pagi , ketika Schaya sibuk seperti biasa membantu ibunya membungkus nasi lemak , kedengaran bunyi seperti orang mengerang kesakitan . Dengan pantas Schaya terus menuju ke bilik adiknya , Schaly kerana bunyi itu datang dari biliknya . Schaya segera membantu adiknya yang kesakitan diatas katil sambil memegang perutnya . Schaya membantunya dengan mengurut perutnya dengan “wicks” . Selang beberapa minit , sakit Schaly itu semakin hilang , lalu , dia dan Schaya pun pergi ke dapur untuk mengelakkan ibunya terus tertanya-tanya . Setibanya mereka di dapur , ...... ( bersambung )

No comments:

Post a Comment