Episod 4
mereka terkejut kerana
ternampak ibunya yang terbaring di hadapan bilik air . Mereka berdua lantas
pergi ke ibu mereka lalu memanggil adik dan bapa tiri mereka untuk membantu
mereka mengangkat ibu mereka naik ke bilik . Pada hari itu , setiap ahli
keluarga Schaya tidak keluar dari rumah untuk melakukan aktiviti mereka seperti
biasa kerana mereka semua risau akan keadaan ibunya . Schaya menelefon seorang
doktor dari salah sebuah klinik di pekan untuk datang ke rumahnya dan memeriksa
ibunya . Selepas beberapa minit , doktor tersebut iaitu Doktor Amyra pun tiba
di rumah mereka dengan membawa kelengkapannya .
Setelah
Doktor Amyra selesai memeriksa Mak Cik Scharah , beliau meminta Schaya untuk
keluar dari kamar ibunya kerana ada perkara yang ingin beliau bincangkan
dengannya . Menurut Doktor Amyra , ibu Schaya itu disyaki menghidap kanser payu
dara . Tersentap hati Schaya mendengar khabar dari Doktor Amyra itu , tetapi
Doktor Amyra cuba meyakinkannnya supaya membawa ibunya pergi ke hospital untuk
pengesahan mengenai penyakit yang dihadapi oleh ibunya itu . Kemudian , Schaya
pun memberikan wang perkhidmatan kepada Doktor Amyra walaupun pada ketika itu
dia tidak mempunyai wang . Dia mengambil wang sebanyak RM50 dari tabungnya yang
disimpan bertujuan untuk menyambung pengajiannya di universiti . Tetapi Schaya
tidak kisah kerana kesihatan ibunya lebih penting , lagipun wang di dalam
tabungnya masih banyak untuk dibandingkan dengan RM 50 tersebut .
Setelah
Doktor Amyra pulang ke kliniknya , Schaly terus meminta izin dari bapa tiri dan
ibunya untuk keluar kerana menurutnya pada hari ini dia harus menemani bosnya
untuk berjumpa klien . Schaya cuba menahan adiknya dari pergi kerana semua
anggota keluargannya yang lain masih lagi menemani ibunya .Tetapi seperti biasa
, dia tidak mengendahkan kata-kata kakaknya itu . Sebenarnya , hubungan Schaly
dan Encik Zarif bukanlah sekadar pekerja dan majikan , mereka berdua juga
sedang asyik menyulam cinta dan menurut Schaly , Encik Zarif bakal masuk
meminangnya pada hujung tahun ini .
Selang
beberapa hari , pada setiap pagi , semakin kerap Schaly mengadu kesakitan dan
bertambah buruk lagi apabila Schaly sering
muntah-muntah walaupun pada malam semalamnya dia tidak makan . Hal ini
merungsingkan Mak Cik Scharah yang sedang terlantar di katil dan menyuruh
Schaya membawa adiknya ke hospital . Tetapi , Schaly tidak mahu kerana
menurutnya dia cuma keracunan makanan dan akibat daripada kakaknya yang cuma
memasak makanan yang sangat tidak berkhasiat . Schaya tidak mempunyai pilihan
kerana dia sendiri sudah kehabisan wang melainkan simpanannya . Ibunya pula
sudah lama tidak ke warung kerana semakin hari sakitnya bertambah parah .
Pada keesokan harinya , Schaya membawa ibunya
ke hospital dibantu adiknya , Schafiq . Pak Cik Razif tidak dapat mengikut
mereka berdua ke hospital kerana dia tidak boleh lagi meninggalkan sawahnya
kerana sejak isterinya sakit , dia selalu sangat tidak ke sawah . Setelah
selesai menjalani pemeriksaan di hospital , pihak hospital mengarahkan Schaya
untuk menunggu surat dari pihak hospital mengenai kesahihan penyakit ibunya itu
. Setelah itu , Schaya , Mak Cik Scharah dan Schafiq pulang menaiki bas .
Selang beberapa minggu , Mak Cik Scharah mendapat sebuah surat dari pihak hospital
, disebabkan Mak Cik Scharah yang buta huruf , dia menyuruh Schaya membacakan surat
itu sejurus selepas Schaya pulang dari bekerja di kilangnya . Menurut surat itu
, Mak Cik Scharah disahkan ..... ( bersambung )
ko tulis sendiri ke>?
ReplyDeleteyes... so, any comment? invite la sesiapa follow story ni.. btw,thanks for visit my blog =)
ReplyDelete