Let me help you to search

Saturday, November 10, 2012

Kisah Schaya - Episod 2



                                                                      Episod 2
             berbohong kepada ibunya . Dia mengatakan bahawa panggilan telefon itu dari rakan karibnya iaitu Aryanna .
               Sejurus  Schaly pulang dari sekolah , Schaya terus mengajaknya ke bilik untuk menanyakannya tentang isu yang diperkatakan oleh Cikgu Samson tengah hari tadi . Schaly mengatakan yang Cikgu Samson menyebarkan fitnah ke atasnya dan Schaya terus mempercayai kata-kata adiknya itu tanpa usul periksa . Selepas itu , Schaly , Schaya , Schafiq , Mak Cik Scharah dan Pak Cik Razif menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa .
              Selang beberapa minggu , sekali lagi Cikgu Samson menelefon rumahnya untuk menyampaikan berita yang sama seperti yang disampaikan kepada Schaya beberapa minggu lepas . Tetapi kali ini , panggilan telefon tersebut telah dijawab oleh bapa tirinya , Pak Cik Razif . Dia berasa sangat marah dengan kelakuan Schaly itu . Sewaktu Schaly pulang dari sekolah , dia terus dimarahi , dipukul oleh Pak Cik Razif kerana kelakuannya yang negatif itu . Mak Cik Scharah cuba mempertahankan Schaly  tetapi kenyataan Cikgu Samson itu sememangnya benar dan diakui oleh Schaly sendiri . Dia mengatakan dia cuma keluar dengan beberapa rakan-rakannya ke pusat mem beli-belah di pekan . Pak Cik Razif sangat marah dan memberinya amaran agar dia tidak mengulangi kesilapannya itu lagi . Setelah dipukul , Schaly terus ke bilik sambil menangis teresak-esak .
               Selepas itu , Schaya cuba memujuk dan menasihati adiknya itu tetapi sebaliknya dia dimarahi dan dicela oleh Schaly kerana Schaly beranggapan bahawa Schayalah punca dirinya dimarahi . Dia menganggap Schaya merupakan individu yang bertanggungjawab memberitahu isu tersebut kepada Pak Cik Razif dan Mak Cik Scharah . Tetapi Schaya tidak dapat menjelaskan hal yang sebenarnya kerana dia tidak dibenarkan bercakap dengan adiknya langsung kerana adiknya sudah memberi amaran agar Schaya tidak bercakap dengannya selama satu minggu . Jikalau tidak , Schaly tidak akan menganggap Schaya sebagai kakaknya lagi . Schaya yang sangat menyanyangi adiknya itu menuruti segala kemahuan adiknya .
              Sejak kejadian itu , seluruh anggota keluarga Schaya menjadi suram dan jarang bercakap antara satu sama lain seperti sebelumnya . Hubungan Schaya dengan Schaly juga semakin renggang. Schaly  seakan-akan berdendam terhadap kakaknya sendiri  . Schaya berasa sangat sedih dan menyalahkan dirinya di atas apa yang telah berlaku .Schaya berasa kesunyian dan dia tidak tahu untuk meluahkan perasaannya kepada siapa . Akhirnya dia berfikir untuk menceritakan masalahnya itu kepada rakan karibnya iaitu Aryanna . Aryanna berasa simpati di atas apa yang berlaku kepada Schaya dan keluarganya . Aryanna menyarankan Schaya supaya lebih sering menasihati adiknya itu .
              Selepas beberapa bulan , Schaya mendapat tawaran dari salah satu universiti terkenal di Kuala Lumpur sejurus selepas dia mendapat keputusan yang sangat memberangsangkan di dalam keputusan SPMnya . Dia berasa sangat gembira , seronok dan teruja untuk mendaftarkan dirinya di universiti tersebut . Dia menceritakan kepada ibunya mengenai tawaran tersebut tetapi sekelip mata air muka ibunya berubah . Schaya bertanya , tetapi ibunya berdiam dan menyuruhnya untuk memberitahu mengenai tawaran tersebut kepada Pak Cik Razif . Sejurus Pak Cik Razif pulang dari sawah , Schaya terus memberitahunya mengenai tawaran tersebut . Pak Cik Razif amat gembira dengan tawaran tersebut tetapi ...... ( bersambung )

No comments:

Post a Comment