Let me help you to search

Tuesday, April 30, 2013

Kisah Schaya - Episod 7



                                                                  Episod 7
                  terlihat kelibat Doktor Midah yang keluar dari bilik bedah tersebut dengan riak muka yang sangat mengelirukan Schaya dan Schafiq . Schaya dan Schafiq segera menanyakan keadaan ibunya . Namun , Doktor Midah memberitahu bahawa ibunya tidak dapat diselamatkan kerana kansernya sudah merebak ke anggota badannya yang lain tanpa disedarinya . Schaya yang mendengar berita tersebut terus tersungkur ke lantai dan menangis teresak-esak sambil diredakan oleh Schafiq adiknya . Selang beberapa minit , Doktor Midah memberikan Schaya telefon bimbitnya supaya Schaya dapat menelefon ahli keluarganya yang lain tetapi sayangnya Pak Cik Razif cuma menyuruh Schaya mengarahkan pihak hospital membawa jenazah ibunya ke rumah mereka .
               Setibanya di rumah , tidak kelihatan seorang pun orang kampung yang datang untuk menziarahi jenazah ibunya . Rupa-rupanya , Pak Cik Razif tidak memberitahu orang kampung mengenai kematian isterinya itu . Schaya yang sangat penat dan letih kerana baru pulang dari hospital itu terus menuju ke masjid untuk memaklumkan berita tersebut kepada Pak Imam iaitu Pak Cik Sab Jahan . Sejurus selepas itu , terdapat beberapa orang kampung yang datang untuk membantu Schaya sekeluarga menguruskan jenazah ibunya dan membacakan surah Yasin buat jenazah ibunya .
              Walaupun dalam keadaan begitu , Schaly tetap tidak pulang dan Pak Cik Razif pula seolah-olah berlakon melayan Schafiq dan Schaya dengan baik dihadapan orang kampung . Schaya yang tidak menahan sebaknya itu , terus menuju ke biliknya untuk meratapi kesedihannya kerana dia tidak mahu orang lain lihat akan kelemahannya yang suka menangis dan dia berazam untuk menjadi seorang wanita yang tabah dan kuat seperti arwah ibunya . Setelah selesai jenazah Mak Cik Scharah dikebumikan , semua orang kampung pun pulang ke rumah mereka melainkan Mak Cik Joyah dan Pak Cik Syam yang menemani Schaya dan Schafiq sehingga lewat petang di tapak perkuburan ibu mereka .
               Pada lewat petang , Pak Cik Syam dan Mak Cik Joyah menasihati  Schaya dan Schafiq untuk pulang kerana tidak elok sekiranya mereka berdua terus  meratapi pemergian ibu mereka itu . Lagipun mereka harus segera pulang ke rumah bagi membantu Pak Cik Razif menyiapkan persiapan untuk kenduri tahlil arwah pada malam ini . Schaya yang taat mengajak adiknya pulang ke rumah . Setibanya di rumah , Pak Cik Syam dan Mak Cik Joyah meninggalkan Schaya dengan  Schafiq bersama Pak Cik Razif . Pak Cik Razif terus menyuruh Schaya dan Schafiq untuk memasak juadah untuk dihantar ke masjid tetapi Schaya membantah kerana dia mengatakan kenduri tersebut harus dilakukan di rumah ini kerana ini adalah rumah arwah ibunya . Tetapi dengan pantasnya , Pak Cik Razif menuju ke biliknya dan mengambil satu sampul surat dan menyuruh Schaya untuk membacakan kenyataan yang terdapat di dalam surat tersebut . Schaya yang naif menuruti perintah bapa tirinya itu , tetapi rupa-rupanya surat itu menunjukkan mengenai kesahihan hak pindah milik rumah ini daripada arwah ibunya kepada bapa tirinya itu . Surat itu telah disediakan oleh rakan Pak Cik Syam pada dua bulan lepas . Mak Cik Scharah memberikan rumah itu kepadanya kerana dia sangat berharap Pak Cik Razif dapat menjaga semua anak-anaknya .
                Schaya terpaksa menurut perintah Pak Cik Razif kerana dia telah memberi amaran bahawa dia akan menghalau Schaya dan Schafiq dari rumah itu sekiranya mereka tidak ingin mengikuti perintahnya . Schaya pun meneruskan kerjanya memasak mee goreng untuk dihantar ke masjid . Setelah selesai , dia dan Schafiq bersama-sama menghantarnya ke masjid dan apabila orang bertanya mengenai PaK Cik Razif , mereka akan menjawab seperti yang disuruh iaitu ...... ( bersambung )

No comments:

Post a Comment