Let me help you to search

Tuesday, April 30, 2013

Kisah Schaya - Episod 11



                                                                        Episod 11
                   Pak Cik Syam . Dia datang bersama Mak Cik Joyah untuk memberi khabar kepada Schaya dan Schafiq mengenai bapa tirinya , iaitu Pak Cik Razif . Menurutnya , Pak Cik Razif sekarang sedang berada di hospital dan di dalam keadaan nazak . Pak Cik Razif merayu kepada Pak Cik Syam dan Mak Cik Joyah supaya mencari ketiga-tiga anak tirinya kerana dia ingin memohon maaf kepada mereka kerana dia sudah menyesali segala perbuatannya . Tanpa berfikir panjang , Schaya menyuruh Schafiq mengikutnya ke hospital tetapi Schafiq masih lagi tidak dapat melupakan segala perbuatan bapa tirinya itu terhadapnya . Dia tetap berkeras untuk tidak bertemu Pak Cik Razif walaupun sudah dinasihati oleh Mak Cik Joyah, Pak Cik Syam mahupun Schaya. Oleh itu, Schaya membawa Pak Cik Syam dan Mak Cik Joyah kembali ke hospital menaiki keretanya kerana sewaktu mereka datang tadi, mereka datang menaiki bas awam.
                    Setibanya di hospital , mereka bergegas menuju ke katil Pak Cik Razif . Pak Cik Razif yang terlihat kelibat Schaya berasa sangat gembira dan tertanya-tanya mengenai Schaly dan Schafiq . Schaya terus menemui Pak Cik Razif dan menanyakan khabarnya . Pak Cik Razif kelihatan begitu berbeza dengan keadaannya sebelum ini kerana dia tidak lagi kelihatan galak , garang dan bersikap dingin terhadap Schaya . Hal itu mengembirakan Schaya , Pak Cik Syam dan Mak Cik Joyah . Pak Cik Razif memohon maaf kepada Schaya dan berterima kasih kepada Pak Cik Syam dan Mak Cik Joyah kerana merealisasikan impiannya untuk bertemu semula dengan anak tirinya itu . Pak Cik Razif bertanya kepada Schaya mengenai Schafiq dan Schaly . Schaya yang tidak mahu menghampakan bapa tirinya itu terpaksa berbohong kepadanya dengan mengatakan bahawa Schafiq terpaksa bekerja kerana ada urusan yang sangat penting dan Schaly pula sedang sibuk dengan rumahtangganya . Pak Cik Razif yang mendengar hal itu berasa sangat lega kerana mereka masih lagi mahu mengakuinya sebagai bapa tiri walaupun pelbagai perkara buruk telah dilakukan olehnya . Pak Cik Syam dan Mak Cik Joyah yang mendengar berasa hairan mengenai sikap Schaya yang berbohong kepada Pak Cik Razif mengenai sebab ketidak hadiran Schafiq ke hospital itu . Selang beberapa minit , Pak Cik Syam dan Mak Cik Joyah pun meminta izin untuk pulang kerana anak mereka iaitu Idham telah samapi untuk menjemput mereka untuk dibawa pulang ke rumah .
                     Sejurus mereka berdua pulang , Pak Cik Razif berkali-kali memohon maaf kepada Schaya dan merayu kepadanya untuk tinggal kembali bersamanya di rumah peninggalan arwah ibunya , Mak Cik Jinnah . Schaya yang risau mengenai Schafiq yang pasti tidak akan bersetuju dengan idea itu telah memberitahu kepada Pak Cik Razif bahawa dia akan membincangkan hal itu dulu bersama Schafiq . Pak Cik Razif berasa sangat gembira kerana Schaya masih lagi sudi untuk tinggal bersamanya walaupun dia pernah mempunyai niat yang buruk terhadapnya .
                       Setibanya Schaya di rumahnya , dia terus menanyakan keputusan Schafiq mengenai tawaran Pak Cik Razif itu . Schafiq yang masih berdendam terhadap bapa tirinya itu tetap tidak ingin berpindah semula ke situ tetapi berlainan pula bagi Schaya yang tetap ingin berpindah ke rumah lamanya itu kerana beranggapan dia ingin menjaga dan merawat bapa tirinya itu . Schafiq yang menyayangi kakaknya itu menasihatinya agar lebih berhati-hati dengan bapa tirinya itu supaya kejadian yang lama tidak akan berulang lagi . Schaya yang taat mengambil iktibar dari nasihat adiknya itu dan berjanji untuk tidak membiarkan bapa tirinya itu terus memperlakukannya seperti dahulu lagi . Schafiq yang tidak mempercayai janji kakaknya itu memberikan satu cadangan yang bernas kerana dia yakin kakaknya itu sudah pasti akan berlembut dengan bapa tirinya yang kononnya sudah menjadi baik . Cadangan yang dikemukakan oleh Schafiq itu ialah ...... ( bersambung )
                                                                  

No comments:

Post a Comment