Let me help you to search

Tuesday, April 30, 2013

Kisah Schaya - Episod 5

                                                                          Episod 5
              positif menghidap kanser payu dara . Mak Cik Scharah juga diarahkan untuk datang semula ke hospital untuk membuat rawatan susulan dari semasa ke semasa . Pada waktu itu , tersentap hati Mak Cik Scharah mendengar berita tersebut , Schaya sebagai anak cuba meredakan hiba ibunya itu walaupun di hatinya itu dia sangat sedih di atas berita tersebut . Schaya menceritakan berita tersebut kepada Pak Cik Razif , Schaly dan Schafiq . Seluruh anggota keluarga mereka berasa sangat sedih dengan apa yang berlaku manakala Schaly pula sibuk berbicara mengenai wang yang bakal digunakan sepanjang merawat Mak Cik Scharah . Schaly merupakan orang yang pertama mengatakan yang dia tidak akan mengeluarkan duit untuk kos rawatan Mak Cik Scharah kerana dia ingin menyimpan duit untuk kenduri perkahwinannyan dengan Encik Zarif . Pak Cik Razif juga tidak dapat membantu kerana semua wang simpanannya telah diberikan kepada Pak Cik Syam yang merupakan tuan tanah sawah yang dia kerjakan kerana dia memang bercita-cita untuk membeli tabah sawah tersebut dari dahulu lagi . Schaya sangat faham akan keadaan Pak Cik Razif tetapi dia juga tetap memohon adiknya , Schaly  untuk membantu , tetapi pohonannya itu cuma sia-sia . Schaly nekad dengan keputusannnya .
             Semakin hari semakin risau Schaya melihat keadaan ibunya , disebabkan dia terlampau sayangkan ibunya dari segala-galanya , dia sanggup menggunakan wang yang disimpannya untuk membiayai kos rawatan ibunya itu walaupun wang itu disimpan untuk tujuan yang lain . Sejak itu , Schaya sering meminta cuti dari penyelia kilangnya , Encik Seth untuk menghantar ibunya ke hospital untuk melakukan rawatan susulan seminggu sekali . Beruntunglah Schaya kerana Encik Seth sangat memahami kesusahannya , lagipun kelakuan Encik Seth seakan-akan beliau menyukai Schaya tetapi Schaya tidak menghiraukannya kerana dia lebih mengutamakan kesihatan ibunya .
              Setelah beberapa bulan Mak Cik Scharah menjalani rawatan , kesihatannya semakin pulih dan Schaya berasa sangat gembira dengan perkembangan itu walaupun pada ketika itu , wang simpanannya untuk menyambung pengajian sudah habis digunakan untuk merawat ibunya . Schafiq pula sering membantu Schaya kerana Schaya sudah semakin sibuk menguruskan ibunya di hospital dan juga di rumah . Pak Cik Razif pula telah berjaya memiliki tanah yang dia idam-idamkan itu dan dia berjanji akan membantu mengumpul wang untuk menampung pengajian Schaya suatu hari nanti . Schaly pula semakin sibuk dengan cintanya iaitu Encik Zarif dan dia semakin sering pulang lewat . Mak Cik Zarif berasa sangat rungsing dan khuatir dengan kelakuan Schaly itu .
             Minggu seterusnya , Schaya sekali lagi membawa ibunya untuk membuat rawatan dan mengikut doktor yang bertugas iaitu Doktor Midah , ibunya bakal menjalani rawatan terakhir pada hari tersebut kerana selepas itu , Mak Cik Scharah tidak perlu lagi susah ulang-alik ke hospital kerana kesihatannya semakin pulih dan tidak memerlukan rawatan yang kerap lagi seperti sebelumnya . Tetapi dalam masa yang sama , Doktor Midah mengingatkan Schaya untuk mengelakkan ibunya dari melakukan kerja-kerja yang berat , dan jangan sesekali berikannya tekanan kerana kemungkinan akan berlaku kesan sampingan akibat rawatan yang dilakukannya selama ini . Schaya menurutnya dan menjaga ibunya dengan penuh teliti walaupun dia sendiri semakin sibuk sejak dinaikkan pangkat menjadi pengurus di kilangnya oleh Encik Seth . Kenaikan pangkat ini telah dijadikan satu isu hangat di tempat Schaya bekerja kerana salah seorang rakan sekerjanya di situ iaitu Amanda mendakwa bahawa dia dinaikkan pangkat kerana telah berjaya menawan hati Encik Seth sehingga sanggup mengikut Encik Seth pulang ke rumahnya . Namun begitu , Schaya tetap bersabar dengan isu yang di perkatakan sehinggalah pada suatu hari berita tersebut ....... ( bersambung )

No comments:

Post a Comment